Showing posts with label Friend Stock. Show all posts
Showing posts with label Friend Stock. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Goodbye Friend$tock!

last day... -_-

630 splits

i've been playing Friend$tock for more than 4 years. it was a fun & memorable game. i still remember all the emotional dramas. some of it doesn't makes sense at all. lol! it was a great pleasure knowing & playing with all the regular players from around the world. i'll treasure your friendship forever! till we meet again somewhere on Facebook, my Friend$tock friends! :) have a great weekend & take care! ;)

Sunday, February 13, 2011

Gaduh; Versi Nyata & Versi Maya

menyampahnya bila tengok orang bergaduh tentang sesuatu yang aku rasakan bodoh sangat... bodoh pada aku tapi maybe pandai pada diorang kot. :P lepas tu dok bising² sampai 1 dunia yang takde kena-mengena dengan diorang pun dibabitkan sama. aku adalah salah sorang yang telah dibabitkan... maybe diorang tak sengaja kot.

but still nampak sangat korang hidup berjiran di dunia nyata. duduk 1 perumahan. maybe dulu berkawan baik and sekarang bermusuhan... apa pun skali sebabnya, kalo ada masalah tak puas hati antara 1 sama lain, why not just jumpa je face to face? kenapa mesti besar²kan sampai ke dunia maya? siap maki-hamun berjela² lak tu! kalo korang tak malu skalipun, aku malu! pasal hal kecik je pun. mungkin kecik pada aku and besar pada diorang kot but still kalo tak puas hati, delete and block je la. tak payah pening² kepala and tak payah la layan orang yang korang bencikan sangat tu. -_-

di Friend Stock pagi tadi pun ada drama gak. minah nie memang dari dulu suka carik pasal dengan mutual dia. aku dah masak sangat dah dengan perangai dia. tiap kali dia bosan, dia akan jual mutual dia dengan alasan takde activiti selama 3 bulan. aku pun tak tau la cara apa yang dia guna untuk buktikan keaktifan setiap stock.

pada aku aktif atau tak aktifnya seseorang tu bukan bergantung kepada jumlah split yang telah dibuat atau pun barisan mendatar seseorang. dah tentunya jugak bukan pada jumlah rewards yang telah diterima.

mari berfikir secara logic. sebulan ada 28/29 hari (Februari) atau 30/31 hari (bulan² selainnya). sehari ada 24 jam; 12 jam siang & 12 jam malam. sejam ada 60 minit. seminit ada 60 saat.

split hanya boleh dibuat sekali setiap 8 jam. kalo giler split, boleh split 3 kali sehari. bukan semua player giler split. ada yang split seminggu sekali or sebulan sekali malah setahun sekali pun ada jugak. aku antara orang yang malas nak split. tapi bila aku rajin, slalunya akan berlaku sesuatu yang membuatkan aku rasa macam dah malas nak split langsung. tapi aku kesiankan investors aku yang bertungkus-lumus memastikan stock aku sentiasa berada di tahap maksima...

aku tak kisah tentang portfolio aku. once aku dah beli, aku akan simpan buat selama²nya selagi terdaya. pada tahun² sebelum nie, aku pernah jual stock² yang kurang ajar, yang tak aktif dan yang menyemakkan mata aku. tak active dlm definasi aku ialah yang dah bertahun² tak login atau dah uninstalled. tapi sepanjang tahun nie aku tekad tak mau jual sesape. biarlah diorang jual aku asalkan aku tak jual diorang atas alasan balas dendam... setakat nie aku masih berjaya mengelakkan diri dari menjual sesape.

oklah, berbalik pada kisah minah tadi. dia jual stock² yang pada pandangan dia tak active. yang aku lihat kebanyakan stock tu aktif termasuklah aku. nie sebenarnya dah kali ketiga dia jual aku tanpa sebab yang munasabah tapi aku masih lagi hold stock dia. baik sungguh aku nie rupanya. :P tapi tadi aku dah rasa ringan je nak block dia tapi aku batalkan niat aku & boost dia seperti takde apa yang berlaku. setelah dia selesai dengan aktiviti 'cleaning process'nya, seperti biasa dia buat announcement. katanya dia jual yang takde sebarang activiti lebih dari 3 bulan. time nie aku rasa angin sket... dalam hati aku terus terpacul ayat² yang tak sedap didengar... "kepala hotak kau aku tak active 3 bulan! aku baru je split last week. aku boost stock setiap hari. aku membalas setiap comment setiap kali aku login. tak active apa ke bendanya? kau tu yang tak pernah boost aku berbulan². mangkuk ayun betul la kau nie!" namun kata² maki-hamun tersebut hanya terluah di dalam hati...

dan seperti biasa bagi mutual² dia yang dah kena jual tu pun memulakan aktiviti 'cleaning process' diorang pulak. maka berduyun²lah investors yang dah kena jual dek minah nie, menjual dia pulak. maka tak cantik dah lining dia. hahahaha! yang paling kelakar, dia dok bising² bila orang jual dia. hello, dear! kau sedap² jual diorang takde fikir hati diorang pun kan? so bila diorang jual, tak payah la nak bising², mangkuk! kau jual orang boleh, orang lain tak boleh jual kau? mana punya rule kau ikut nie? tu pasal la, lain kali fikir dulu sebelum bertindak. sekarang apa kau rasa? bengang kan? sakit hati kan? well, suits you! itulah apa yang orang lain rasa selama nie bila kau jual diorang membuta tuli! padan muka! lol!

Do not do to others what would anger you if done to you by others. – Isocrates

aku tau tak baik gaduh². aku tak gaduh pun dengan minah tu malah aku masih lagi hold stock dia. ke depan aku tak tau... cuma aku rasa kelakar bila dia marah² pulak orang yang jual dia sedangkan dia yang jual diorang dulu. memang betul takde rule kata kita tak boleh jual mutual. tapi takde rule jugak yang kata kita tak boleh jual orang yang jual kita, kan?

Sunday, August 8, 2010

Lagi Cerita Pasal Friend Stock (F$ di Facebook)

aku memang tak pernah jual mutual. so memang takde hal le diorang nak uninstall ke, inactive ke, someone ke, nak jadi flatliner ke; memang takde hal. aku cuma jual non-investor je. tu pun tak slalu sebab takde masa pun nak check sorang². biasanya aku jual sebab dia dah tak main, inactive, uninstall. flatliner pun aku jual jugak kalo non-investor tapi depends le. slalunya memang tak jual pun unless bila aku rasa dah bosan hold diorang lama² tapi tak jugak split. hahahaha! jahatnya bunyinya kan? :D

yang jual & quit sebab alasan tak munasabah tu memang ramai. kadang² memang lawak je bila diorang bagitau sebab musabab nak quit. tak logik pulak tu kebanyakannya. tapi aku tak kisah. suka hati la. nak jual ke, buat pekasam ke, suka hati. hak masing².

aku ada investor yang dah hold aku lebih 2 tahun dari masa memula dia beli & tak pernah boost aku skali pun. aku pun tak pernah tanya dia kenapa dia tak pernah boost aku. kitorang split pada masa yang sama banyak kali lak tu. dia ada gak tegur aku tapi tetap tak boost aku. hahahaha! tapi aku sket pun tak kisah. sebabnya dia still nak gak hold aku walopun dia tak pernah boost. so aku memang tak kisah. tu sebab aku rasa cam lawak je bila ada yang quit & jual sebab tak dapat beli balik investor diorang or sebab tak dapat boost. bodoh punya alasan. hahaha! tak dapat boost pun nak quit. tak dapat beli balik pun nak quit. apalah! pastu suka² jual semua mutual bila tak puas hati dengan seseorang. hahahaha! memang lawak betul orang² yang main F$ nie. macam² perangai. mengalahkan budak kecik. :D

pasal bail tu pulak. aku sebenarnya lagi suka kalo ada orang bail aku bila aku split. yelah, aku bukannya fast splitter pun. hehe! so kalo cepat max lagi best. tu aku la. hehe! aku tak pernah pun lagi tak sempat boost diri sendiri. slalunya sempat je sebab almaklum la not so fast splitterlah katakan. hahahaha!

majoritinya rasa rude kalo tak say thanks bila orang beli or boost. pada aku pulak, tu hak memasing. aku treat F$ nie just like a game. so takde nak rasa emo² sgt pun. tapi kadang tu teremo jugak. lol! takde orang say thanks pun aku tak kisah. aku boost supaya bila diorang split & bila dah sampai masanya aku dapat rewards. tu je. so aku boost slagi boleh bila aku main. biar aku say thanks kat orang yang beli & boost aku, orang yang aku beli or boost nak senyap seumur hidup pun, suka hati dioranglah. hehe! takde rugi apa pun. itu akulah. aku takde nak jual orang semata² dia tak say thanks kat aku. memang ada player yang jual orang yang tak say thanks. tapi macam aku kata tadi, tu hak memasing. :)

dari F$ nie gak kita dapat kawan kan? games, games jugak tapi bila dapat kawan memang best. lagi² yang nak layan aku nie berborak. takde la rasa cam cakap sengsorang. hahahaha! main F$ pun ada rasa sket bermakna dari biasa. hahaha! kalo aku perasan sendiri pun aku tak kisah. :P perasaan bahagia dapat kawan dari game nie memang tak tergambar dek kata². :D

Friday, August 6, 2010

Cerita Pasal Friend Stock (F$ di Facebook)

sorrylah, aku bukannya tak nak split. memang nak split tapi aku dah biasa lepas split say thanks kat sume yang boost. so kalo F$ lembap + error, boleh buat sakit hati. takkan nak say thanks kat beberapa orang je, pastu yang lain tak say thanks pulak kan? dah la dulu ada 3 4 orang investors yang bengang bila aku tak say thanks kat diorang lepas split. bukannya aku tak nak but sometimes masa & keadaan yang menyakitkan hati tu buatkan aku takleh nak say thanks langsung. tapi tu lah, cakap pun bukannya diorang faham. tu sebab la aku memang dah jarang giler split. bukan sebab tak nak split. kalo investors jenis yang tak kisah takpe la. kalo ikutkan hati nak je aku split pastu blah macam yang lain. tapi kang ada lagi yang kecik hati + bengang kat aku. leceh sebenarnya main F$ versi sekarang nie. aku lebih suka masa sebelum ada split dulu. takde yang banyak songeh cam sekarang nie. split salah, tak split pun salah.

pasal gifts tu... sebenarnya aku tak tau nak kata apa. aku tak kisah sebab tu hak diorang, tokens diorang. so lantaklah. memang la sometimes tak suka gak sebab dah kira cam fake boost kan? tapi tu la diorang maybe ada reasons diorang sendiri. cam aku pulak dah biasa kalo bagi tokens kat sesape, aku kasik je heart. bukan sebab nak bagi fake boost ke apa. cuma macam tanda, aku dah bagi tokens & still takleh boost coz dia tak split. lebih kurg camtu la. aku tak reti camne nak explain. hopefully korang faham.

aku memang jarang bagi gift kat orang. tapi kalo aku nampak announcement or kalo ada yang mintak directly, (depends jugak la ikut mood aku) aku bagi. kalo kata saje² nak bagi gift memang tak. bab bail tu pun ikut mood. dulu aku suka bail orang tapi sebab slalu sangat kena marah (padahal kat tag diorang takde cakap pun takleh bail), so aku dah jarang jugak bail. tapi slalu kalo orang bail aku, aku bail diorang balik. kalo diorang dah max, then aku bagi la tokens & heart (depends jugak, kalo aku dah boost dia masa tu, aku takde kasik heart, cuma tokens je).

bab yang suka jual bila quit tu memang aku tak suka langsung. tapi aku malas nak bising². aku memang tak suka orang camtu. lagi 1 yang aku tak suka crash party. actually aku memang benci crash party dari dulu lagi. so kalo ada yang jual aku then suruh aku jual, aku takkan jual unless aku rasa bengang. kalo aku bengang, aku jual & block dia terus. aku malas nak main dengan orang camtu. sakit hati je. ada lagi 1 yang aku tak suka gak. jenis yang suka sangat jual mutual bila takde duit. yang tu pun menyakitkan hati. dah la kita support dia, hold dia but still dia nak jual kita dgn alasan takde duit. benci betul aku orang camtu. takde duit, mintak la. aku slalu bagi duit kat sesape je yang mintak. 10k 20k tu perkara kecik je bagi aku. tapi jgn le mintak slalu. sakit hati jugak asyik mintak je. ada setengah tu pulak, duit banyak, tokens pun banyak, lagi nak mintak kat aku. kalo jenis camtu memang aku malas nak layan. lantak la nak kata aku berlagak ke apa.

kalo korang nak tau main F$ nie boleh makan hati aku dibuatnya. tu yang dulu bila rasa menyampah yang teramat, aku quit. ada la 2 3 bulan aku tak masuk langsung. pastu biasa la, memang slalu la kena jual but aku tak kisah. lantak la situ. yang bestnya kan, diorang jual aku yang tak main masa tu sedangkan aku masih lagi hold stock diorang. bila aku main balik, aku jual diorang, tau pulak nak marah. aku cakap senang je, just as you can sold me anytime you want despite me still holding on to your stock, then i also have the right to sell you anytime i want. habis cerita. :P nak marah, marah la. peduli apa aku. diorang pun tak hold aku. aku hold sume investors, dah uninstalled or quit pun aku still hold & still boost. so kalo diorang takleh nak buat camtu & still jual bila aku inactive, aku pun boleh jual diorang bila² masa je yang aku suka. tul tak?

cukup la cakap pasal F$. sakit hati pulak. hahahahaha!

Saturday, March 6, 2010

Friend Stock?

i'm taking a break from it as i kind of irritate by the white pages error everytime i wanted to play... it's not fun playing with white pages. -_- plus my connections isn't as smooth as what it was supposed to be since the contract has expired.

so not playing it for a while. but who knows, maybe i'll actively playing FriendStock again in the future either when i miss it or when i've stop playing most of my other games. whichever comes first. :D

have a great day! ;)

p/s :- nop, not quit yet just taking a break. :) need some time out. lol!