Sunday, February 13, 2011

Gaduh; Versi Nyata & Versi Maya

menyampahnya bila tengok orang bergaduh tentang sesuatu yang aku rasakan bodoh sangat... bodoh pada aku tapi maybe pandai pada diorang kot. :P lepas tu dok bising² sampai 1 dunia yang takde kena-mengena dengan diorang pun dibabitkan sama. aku adalah salah sorang yang telah dibabitkan... maybe diorang tak sengaja kot.

but still nampak sangat korang hidup berjiran di dunia nyata. duduk 1 perumahan. maybe dulu berkawan baik and sekarang bermusuhan... apa pun skali sebabnya, kalo ada masalah tak puas hati antara 1 sama lain, why not just jumpa je face to face? kenapa mesti besar²kan sampai ke dunia maya? siap maki-hamun berjela² lak tu! kalo korang tak malu skalipun, aku malu! pasal hal kecik je pun. mungkin kecik pada aku and besar pada diorang kot but still kalo tak puas hati, delete and block je la. tak payah pening² kepala and tak payah la layan orang yang korang bencikan sangat tu. -_-

di Friend Stock pagi tadi pun ada drama gak. minah nie memang dari dulu suka carik pasal dengan mutual dia. aku dah masak sangat dah dengan perangai dia. tiap kali dia bosan, dia akan jual mutual dia dengan alasan takde activiti selama 3 bulan. aku pun tak tau la cara apa yang dia guna untuk buktikan keaktifan setiap stock.

pada aku aktif atau tak aktifnya seseorang tu bukan bergantung kepada jumlah split yang telah dibuat atau pun barisan mendatar seseorang. dah tentunya jugak bukan pada jumlah rewards yang telah diterima.

mari berfikir secara logic. sebulan ada 28/29 hari (Februari) atau 30/31 hari (bulan² selainnya). sehari ada 24 jam; 12 jam siang & 12 jam malam. sejam ada 60 minit. seminit ada 60 saat.

split hanya boleh dibuat sekali setiap 8 jam. kalo giler split, boleh split 3 kali sehari. bukan semua player giler split. ada yang split seminggu sekali or sebulan sekali malah setahun sekali pun ada jugak. aku antara orang yang malas nak split. tapi bila aku rajin, slalunya akan berlaku sesuatu yang membuatkan aku rasa macam dah malas nak split langsung. tapi aku kesiankan investors aku yang bertungkus-lumus memastikan stock aku sentiasa berada di tahap maksima...

aku tak kisah tentang portfolio aku. once aku dah beli, aku akan simpan buat selama²nya selagi terdaya. pada tahun² sebelum nie, aku pernah jual stock² yang kurang ajar, yang tak aktif dan yang menyemakkan mata aku. tak active dlm definasi aku ialah yang dah bertahun² tak login atau dah uninstalled. tapi sepanjang tahun nie aku tekad tak mau jual sesape. biarlah diorang jual aku asalkan aku tak jual diorang atas alasan balas dendam... setakat nie aku masih berjaya mengelakkan diri dari menjual sesape.

oklah, berbalik pada kisah minah tadi. dia jual stock² yang pada pandangan dia tak active. yang aku lihat kebanyakan stock tu aktif termasuklah aku. nie sebenarnya dah kali ketiga dia jual aku tanpa sebab yang munasabah tapi aku masih lagi hold stock dia. baik sungguh aku nie rupanya. :P tapi tadi aku dah rasa ringan je nak block dia tapi aku batalkan niat aku & boost dia seperti takde apa yang berlaku. setelah dia selesai dengan aktiviti 'cleaning process'nya, seperti biasa dia buat announcement. katanya dia jual yang takde sebarang activiti lebih dari 3 bulan. time nie aku rasa angin sket... dalam hati aku terus terpacul ayat² yang tak sedap didengar... "kepala hotak kau aku tak active 3 bulan! aku baru je split last week. aku boost stock setiap hari. aku membalas setiap comment setiap kali aku login. tak active apa ke bendanya? kau tu yang tak pernah boost aku berbulan². mangkuk ayun betul la kau nie!" namun kata² maki-hamun tersebut hanya terluah di dalam hati...

dan seperti biasa bagi mutual² dia yang dah kena jual tu pun memulakan aktiviti 'cleaning process' diorang pulak. maka berduyun²lah investors yang dah kena jual dek minah nie, menjual dia pulak. maka tak cantik dah lining dia. hahahaha! yang paling kelakar, dia dok bising² bila orang jual dia. hello, dear! kau sedap² jual diorang takde fikir hati diorang pun kan? so bila diorang jual, tak payah la nak bising², mangkuk! kau jual orang boleh, orang lain tak boleh jual kau? mana punya rule kau ikut nie? tu pasal la, lain kali fikir dulu sebelum bertindak. sekarang apa kau rasa? bengang kan? sakit hati kan? well, suits you! itulah apa yang orang lain rasa selama nie bila kau jual diorang membuta tuli! padan muka! lol!

Do not do to others what would anger you if done to you by others. – Isocrates

aku tau tak baik gaduh². aku tak gaduh pun dengan minah tu malah aku masih lagi hold stock dia. ke depan aku tak tau... cuma aku rasa kelakar bila dia marah² pulak orang yang jual dia sedangkan dia yang jual diorang dulu. memang betul takde rule kata kita tak boleh jual mutual. tapi takde rule jugak yang kata kita tak boleh jual orang yang jual kita, kan?

0 comments:

Post a Comment

thank you! please come again! :)