Monday, January 26, 2015

Andainya Kau Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!


ada yg tanya kenapa aku dah lama tak update apa-apa. takde apa yg menarik yg aku nak share. aku rasa better aku simpan je semuanya dalam hati atau dengan orang yang benar-benar memahami.

tahun lepas tersimpan byk kenangan pahit & manis dalam hidup aku. yg kenal aku mmg dah tau kalo aku sayangkan seseorang atau sesuatu, akan kujaga sebaik-baiknya, akan kuberikan sepenuh perhatian & kasih sayang selama mana aku masih sayang. tapi kalo aku dah benci, aku buang terus & tak nak simpan-simpan lagi dah. aku susah nak bencikan seseorang atau sesuatu. sebab tu walo macam mana teruk sekali pun, kalo aku masih sayang, aku tetap akan sayang sampai bila-bila selama yg aku mampu.

di waktu kita ditimpa musibah, waktu tu kita boleh tengok siapa sebenarnya yg betul-betul ambil berat tentang kita. aku byk masalah sama macam orang lain cuma aku tak mampu nak luahkan semuanya. dengan orang yg benar-benar rapat je aku berani share segalanya. tak semua orang boleh terima apa yg aku dah buat di masa lalu. tak semua orang boleh terima aku seadanya. aku memang tak sempurna dari segala sudut. kadang-kadang memang aku tertekan bila orang yg aku sayang hina-hina aku. buat aku rasa nak lari tinggalkan semuanya. tapi nak lari ke mana. ke mana pun aku pergi, masa lalu tetap jua menghantui sampai bila-bila.

aku byk buat silap, aku tau tu. tak perlu diungkit-ungkit berkali-kali kesilapan aku. aku bersyukur, dengan keadaan aku yg macam nie, Ayang tetap sayangkan aku. buruk macam mana pun tanggapan orang lain terhadap aku, kasih sayang dia tak pernah kurang. kadang-kadang aku rasa bersalah sangat-sangat. dia tau semua tapi tetap terima aku. Ayang, thank you for everything...

kadang-kadang aku buat benda bodoh. aku tau benda tu salah tapi aku tetap buat. aku sendiri tak tau kenapa aku jadi macam nie. teruk sangat aku rasa but at the same time, aku belum bersedia untuk berhenti sepenuhnya. untuk buang sepenuhnya. aku belum bersedia lagi. aku tak tau bila & macam mana. bila aku tanya Ayang, dia kata terpulang pada aku. dia terima apa jua keputusan aku. aku rasa makin teruk...

dulu ada yg cakap, aku sunyi. mungkin sebab tu semua nie terjadi. mungkin jugak. aku selalu sorang-sorang, tak ada sape-sape di sisi tambah-tambah kalo Ayang keluar. hajat aku yg 1 masih belum termakbul. Allah lebih mengetahui. saat aku sunyi, dia datangkan seseorang dalam hidup aku. aku sayang dia, sayang sangat-sangat. siapa dia & apa hubungan dia dengan aku & Ayang, itu biarlah hanya aku, Ayang, dia & Allah je yg tau. mmg tak ada pertalian darah langsung tapi aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri. sakit dia, sakit hati aku. luka dia, luka hati aku jugak. bila dia buat benda bodoh, aku hanya mampu menangis sebab tak mampu nak hentikan. jarak yg jauh buat aku susah hati tiap masa... dia tak dpt nak bezakan yg mana lebih penting. kadang buat aku geram & sakit hati sangat-sangat. kalo aku tak sayang, mungkin aku tak sakit hati macam nie. dia sakit, aku tambah sakit hati bila dia buat benda bodoh... kalolah dekat, dah aku pulas-pulas telinganya biar dia tau betapa aku sayang padanya. tak mau dia merosakkan dirinya sendiri.buat apa seksa badan sendiri yg dah sememangnya sakit? buat apa? aku mau dia pulih, sembuh dari penyakitnya. aku mau dia sihat kembali macam dulu-dulu. dia kurus, terlalu kurus. buat hati aku sayu & bertambah sayu selalu...

setakat ini je yg mampu aku luahkan. aku demam, badan aku masih panas. kepala aku sakit... aku tak ada selera nak makan. tak taulah memang sebab demam atau sebab lain tapi badan aku memang sakit-sakit semua. so masa untuk aku sambung merehatkan badan, hati & minda. maafkan segala salah & silapku... hingga jumpa lagi. assalamualaikum...

Monday, August 18, 2014

My First Sunken City's Dive


بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!



11:33 am - Sunken City
Having run out of Oxygen Canisters, I returned to the Sunken City to stock up on more after traveling 31,360 meters.

During this dive, I visited 2 Shallow Shoals, 2 Schools of Mice, 1 Coral Reef, 4 Mermouse Dens, 6 Sea Floors, 3 Pearl Patches, 2 Carnivore Coves, 5 Shipwrecks, 4 Coral Gardens, 15 Coral Castles, 21 Murky Depths, 10 Lost Ruins, 9 Monster Trenches, 13 Haunted Shipwrecks, 5 Sunken Treasures, 2 Deep Oxygen Streams and 1 Magma Flow.

My setup :-  Chrome Phantasmic Oasis Trap, Rift Base, SUPER|brie+, Super Power Charm

I gained 412 Sand Dolars from my first dive. Time to farm that Oxigen Canisters again & be ready for my second dive...