kadang-kadang aku rasa terkilan jugak bila seseorang bertanyakan aku sesuatu dan jawapan yang diharapkannya dah tentunya yang positif berbanding yang negatif. tapi aku tak mampu untuk berkata "ok, boleh!" on the spot atas sebab-sebab tertentu. dah malas nak bagitau sebab-musabab sebabnya bukannya diorang tak tau tapi antara nak terima atau tak nak terima je. antara nak percaya and tak nak percaya.
terpulanglah pada penerimaan masing-masing. aku tak mampu nak halang and aku dah tak larat nak bagi penjelasan. maybe diorang rasa alasan aku tak munasabah. sebab tu diorang selalu tanya, "kenapa tak boleh? kenapa?" sebab tak boleh le... sebab tu le aku selalu je cakap, "sorry, tak boleh!". ianya tegas and mungkin kedengaran kejam. pada diorang maybe kitorang tak sudi (atau apa je la yang diorang nak fikir) tapi nie bukannya masalah sudi atau tak sudi, nie masalah lain. perlu ke aku bagitau semua orang masalah aku? rasanya tak perlu kot. aku cuma harapkan sedikit pengertian je... tak banyak, sket je...
untuk beberapa bulan nie, kalo orang tanya memang tu je la jawapan aku, "sorry, tak boleh!". maybe beberapa bulan akan datang aku boleh cakap "ok, boleh!" dengan senang hati tanpa perlu fikir tentang benda lain lagi dah. tapi buat masa nie, sorry sangat-sangat... memang tak boleh, tak boleh and tak boleh... maafkan aku tapi aku memang betul-betul tak boleh... tolonglah jangan tanya aku lagi... -_-
http://malenadugroup.blogspot.com/ Please checkout my blog.
ReplyDeletekk.
ReplyDeletetak tanye dah.
kihkih.