Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih The Movie, TGV Sunway

pagi tadi keluar dengan hubby konon² nak tengok citer Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. dari malam semalam sampai ke pagi nak booking tiket tak dapat². so ingat pergi je terus and beli tiket kat sana. tapi seperti biasalah, tiket mostly dah sold out. tinggal yang kat depan² je. tengah and belakang semua dah takde termasuk la couple seat. show pagi sampai petang semuanya macam tu. so kitorang tukar plan, tengok Nur Kasih je hari nie. pagi mostly tinggal seat depan je. couple seat pun takde kecuali yang pukul 1.20 petang. so kitorang beli terus. couple seat jelah yang confirm duduk kat belakang and dapat le yang tengah.

sementara menunggu tu, pergi jalan² tengok barang kat Parkson and Jusco. barang yang aku nak beli minggu lepas tu dapat la beli tadi. barang lain tu boleh tunggu lain kali. tak budget nak beli barang lain pun masa nak keluar tadi kecuali 2 barang je. aku beli 1 barang je sebab 1 barang lagi terlupa nak beli. dah nak sampai rumah baru teringat. tapi barang tu memang takde kat kedai² area rumah aku. apalah susah sangat diorang nak jual benda alah tu? haih! takpelah. minggu depan boleh beli kalo keluar lagi.

kitorang cuci mata tengok barang² interior je sebab ada projek kecil²an. asyik bertangguh je. so tadi cuma tengok je and dah ada la beberapa pilihan. bila dah ready nanti, dah tau la apa nak beli and mana nak carik. so tadi kira cam survey je la. lepas dah penat ronda² cuci mata, terus pergi food court untuk alas perut. takde makan special pun, cuma nasi campur je and air mineral. tak tau nak makan apa sebenarnya...

lepas makan, pergi ronda² cuci mata lagi. dah penat berjalan, duduk kejap, sembang². lepas tu jalan² lagi. bila dah pukul 1.10 petang, baru la pergi terus ke TGV. punyalah ramai orang kat situ banding waktu pagi tadi. dengan sekumpulan budak² buat promotion apa tah kat dalam tu. kitorang masuk and layan la Nur Kasih. the truth is aku rasa a bit bosan sepanjang citer berjalan. hubby pun perasan. kejap kang aku beralih ke kiri, kejap ke kanan, pastu ke kiri lagi, dok beralih je la macam orang tak senang duduk. pada aku drama Nur Kasih lagi best dari movie dia. this is my personal opinion je ye? so janganlah nak emo² pulak... aku ada high expectation masa nak tengok movie nie disebabkan drama dia yang dah berapa puluh kali aku dok tengok, tak bosan and masih tak bosan. tapi movie dia... a bit bosan. rasa hampa sket... tak seperti yang aku jangkakan. masa tengok the making, rasa teruja sangat² tapi bila dah tengok, aku takde rasa nak tengok lagi... tulah apa yang aku rasa tadi.

anyway, habis je citer, hubby ajak pergi Darussalam. so pergi pam tayar dulu and lepas tu melepak kat Darussalam jap. seperti biasalah kalo pergi situ, aku suka order benda yang sama; chicken chop with mushroom, chicken button mushroom dim sum & ice lemon tea. hubby order Maggi goreng, kari kambing and Milo ais. rasanya masih tak berubah, masih sedap seperti dulu. satisfied giler². tengah dok makan sambil sembang², tiba² kilat berdentum-dentam. as usual tanda² awal hujan lebat bakal turun. so kitorang habiskan yang belum habis and terus bergegas ke rumah. aku tak suka balik dalam keadaan basah kuyup. so kena la balik cepat². sampai je rumah, hujan pun turun. Alhamdulillah!

Sabtu depan cadangnya nak tengok Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. maybe hubby beli tiket hari Khamis or Jumaat kot. kalo ada member² yang belum tengok and nak tengok skali dengan kitorang, call or sms kitorang sebelum Khamis nie ye? boleh la kita tengok sama². :) kalo takde, then aku dating dengan hubby aku je la cam biasa. hehe!

4 comments:

  1. bukan xnak ajak tp kan sblm² nie bila call org tu dia xde angkat phone pun. camne nak ajak dia ye? :P

    anyway kitorg nak gi tengok hari Sabtu nie. nak join skali x? tp kitorg tengok kat Pyramid je slalunya. kalo you rasa x jauh dr rumah you, then meh le join skali. dialu²kan. nanti hubby call you sblm dia beli tiket. ok x?

    ReplyDelete
  2. almk lupe nk g tahu...i baru tutup no phone nie le...hehhehehehe.....
    :D
    pakai phone...tapi x pakai number2 ape pun...
    klu ade mood i pakai number blk kot....mood jiwang sesorang dah mai sini dah balik :D
    xpele..u g le enjoy same hubby u....klu i rase nk join2...i call aje u nanti...
    umah nenek i pun kat usj 16 sane...

    ReplyDelete
  3. ic. kali nie larik dari sape pulak? :P xpe, kalo rasa nak tengok nanti, call je i or my hubby. kalo x tengok pun, nak jumpa saje pun boleh je. my hubby pun dok ckp tinggal you sorg je lg member yg masih belum jumpa. asyik x kesampaian je. kalo x kerana insiden kuyup 2 kali tu, confirm dah jumpa dah kan? hehe!

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)