Friday, January 3, 2003

Pkzip : Data Compression, tips dr Saghira Qistina

Assalamualaikum.

Budget time tiba lagi. Semua cawangan kena menghantar belanjawan masing-masing kepada kita di HQ. Sebelum tu, kita kena sediakan format yang akan mereka isikan. Tapi bila kita nak email file format belanjawan tu proses penghantaran email tersangkut. Alamak..apa sudah jadi? Antara faktor yang melambatkan proses penghantaran data melalui email ialah transmisi yang lambat disebabkan bandwith bottleneck dan juga slow processing speed. Tapi sebab yang paling utama ialah saiz data / fail yang dihantar terlalu besar.

Tak perlu risau – data compression atau file packing membolehkan kita menghantar data yang sama tapi dalam saiz yang kecil. Data compression (pengecilan data) ada banyak teknik dan format. Yang paling popular ialah file compression dengan guna format Zip. Dengan Zip, saiz data dikecilkan dan fail (atau beberapa file) dimasukkan dalam folder Zip (ikon folder tu ada zip macam zip seluar). Kemudian bolehlah kita hantar file Zip itu. Orang yang menerima data yang di Zip kan kena guna software UnZip untuk membaca data dalam saiz yang asal (decompress the data). Zip sangat popular kerana software sokongan senang didapati dan kebanyakan file extensions are supported by ZIP format. File extension seperti .doc, .html,.jpg dll boleh dikecilkan dengan software Zip. Antara software Zip yang boleh kita pakai ialah WinZip, PKZip, Enzip, dan TurboZipExpress.

WinZip adalah shareware (US$29) dan boleh didapati di www.winzip.com.

PKZip jugak shareware (US$26) – www.pkware.com

Enzip adalah freeware – www.cpam.freeserve.co.uk

TurboZipExpress adalah shareware (US$49.95) – www.filestream.com

Lain-lain bentuk data compression ialah transmisi fax dan modem serta audio. Audio compression biasanya guna format MP3 yang berupaya mengecilkan saiz file asal menjadi hanya 10%. Format file compression selain dari Zip ialah RAR, ARJ, ACE dan ARC.

Tips Tambahan

Pernah tak kita hadapi masalah ruang disket yang tak mencukupi untuk kita simpan fail?Biasanya satu disket kosong (formatted) mempunyai kapasiti storan sebanyak 1.38MB sahaja. Maknanya fail yang lebih dari itu tak boleh save – akan keluar error message yang menyatakan space not enough. Kita boleh tambah ruang storan disket jika kita compress disket tersebut. Selepas compression, disket akan mempunyai lebih kurang 2.56MB kapasiti storan – bertambah 1.18MB. Macam mana nak compress? Senang saja – ikut panduan di bawah.

Masukkan disket dalam drive A. Lepas tu click:

Windows Explorer

3 1/2 Floppy Disk:A (Right Click)

Properties

Compression

Compress Drive

Start Compress Now

Sebelum kita nak bukak file yang disimpan dalam disket yang telah di compressed, kita kena mount dulu drive A untuk connect the compressed volume file to the selected drive. Bagaimana? Kena click:

Start

Run

DRVSPACE – OK (Kalau tak ada dalam list kenalah taip sendiri)

Driver A

Advanced

Mount

Lepas tu baru boleh bukak fail.

Have a nice day – saghira7@hotmail.com

0 comments:

Post a Comment

thank you! please come again! :)