Tuesday, August 20, 2002

Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nota ini di Internet Malaysia
http://www.mysig.org.my/sig/tech_article.a...p?cat=PSM&id=18

Nota kali ini adalah mengenai dua kesan terhadap kesihatan yang mungkin anda akan hadapi jika tidak mematuhi cara-cara penggunaan komputer yang betul.

Dua kesan ini adalah Repetitive Strain Injury (RSI) dan Computer Vision Sydrome (CVS). Kita mulakan dengan RSI.

RSI atau dengan nama lain "cumulative trauma disorder" atau "repetitive motion injury" adalah sejenis kecederaan yang berlaku kepada tisu lembut di dalam badan seperti tisu otot, saraf dan sendi menjadi sakit dan membengkak. RSI sering dilaporkan berlaku kepada mereka yang melakukan kerja yang sama berulang kali seperti di kilang pemasangan, bahagian penbungkusan, menjahit, bermain alatan muzik dan pekerja komputer. Banyak pekerjaan yang melibatkan tugas anggota badan melakukan kerja yang sama boleh pada jangka masa yang lama terdedah kepada masalah ini.

Sebab-sebab RSI belum diketahui. Namun RSI telah dikaitkan dengan

- Aktiviti atau pergerakan berterusan tanpa henti.
- Melakukan aktiviti dalam posisi yang kekok dan tidak natural.
- Mengekalkan posisi yang tetap untuk jangka masa yang panjang.
- Tidak berhenti untuk berehat sekejap.
- Keadaan sekeliling dan faktor sosial.

Laporan tambahan juga menyebut RSI juga dikaitkan dengan penggunaan papan kunci, tetikus dan lain-lain alat input komputer. Mereka yang mempunyai penyakit seperti sakit sendi, kegemukan dan kencing manis juga terdedah kepada kecederaan ini.

Sesetengah pengguna komputer mungkin merasai sakit atau tidak selesa apabila menggunakan komputer. Rasa tidak selesa ini mungkin tanda-tanda RSI.

Anda perlu menggunakan komputer dengan cara yang betul. Menggunakan peralatan yang baik dan diletakkan dengan baik mungkin tidak banyak membantu. Anda perlu sentiasa dalam posisi dan kedudukan yang sesuai akan memberikan anda keselesaan yang anda mahukan.

Nota di atas hanya cadangan dan penerangan yang tidak lengkap. Jika anda merasakan tidak selesa dan sakit sewaktu menggunakan komputer dapatkan pendapat doktor tentang itu. Lebih awal penyakit anda dikenal pasti lebih cepat ia diubati dan mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan yang lebih panjang.

CVS dipercayai disebabkan oleh cara bagaimana text dipancarkan di skrin komputer. Berbanding dengan tulisan atau cetakan pada kertas, text pada skrin komputer adalah cantuman pixel yang tebal ditengah tetapi berjerigi di tepi. Jika text di komputer diperiksa dengan kata pembesar kita akan dapat melihat kesan tidak rata dan tidak licin pada sempadan huruf text ini.

Kesan ini menyebabkan mata tidak dapat memberikan fokus yang betul kepada huruf-huruf yang dipaparkan. Amata akan sentiasa membetulkan fokusnya dan ini akan meletihkan mata.

Jika anda mengalami sakit kepala, pedih mata, rasa mual anda mungkin telah terlalu lama menggunakan komputer dan memandang lama skrin komputer anda mungkin mengalami masalah CVS.

Langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk memastikan persekitaran penggunaan komputer anda adalah sesuai untuk anda,

Kawasan kerja

Kawasan kerja perlulah selesa dan mempunyai suhu dan kelembapan yang sesuai untuk komputer. Suhu yang terlalu panas bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa malah menyebabkan komputer anda mudah rosak.

Suhu yang dicadangkan adalah sekitar 19 ke 23 darjah Celcius dan kelembapan sekitar 40 ke 60 peratus.

Anda juga perlu pastikan kawasan penggunaan komputer mempunyai edaran udara yang baik.

Pastikan keadaan sekeliling adalah senyap dan jauh daripada gangguan. Gangguan seperti kawasan laluan atau jika di rumah ia berdekatan kawasan TV atau radio. Gangguan bunyi bising akan mengganggu tumpuan anda. Bunyi sekeliling perlulah dibawah 55 dBA.

Untuk keselesaan mata bilik yang anda gunakan perlu dicat dengan cat yang tidak menyerlah. Ia perlu dicat dengan warna yang lembut, tidak terlalu terang dan menyejukkan mata.

Untuk mengelakkan kejang otot, pastikan anda mempunyai ruang pergerakan yang baik dan luas. Cuba jangan berada dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.

Cahaya yang sesuai adalah penting untuk keselesaan mata. Sinaran lampu yang ada membolehkan anda membaca dokumen dan melihat huruf-huruf di papan kunci. Takat pencahayaan yang sesuai adalah antara 300 dan 500 Lux. Lebih daripada 1000 lux dianggap terlalu terang. Untuk kerja-kerja skrin komputer 300 lux adalah sesuai. 500 lux sesuai untuk tujuan membaca dokumen. Adalah dicadangkan lampu utama (lampu bilik) sekitar 300 lux dan sebuah lambu khas yang menyuluh dokumen anda dalam 500 lux boleh disediakan. Jika tiada kemudahan itu lampu utama perlulah berada dalam takat 500 lux.

Pastikan tiada balikan lampu atau sumber cahaya yang terang pada skrin monitor anda. Sesuaikan supaya bahagian paling atas monitor berada bawah mata.

Pastikan pancaran monitor anda tidak berkelip atau bergoyang. Ini boleh meletihkan mata.

Keadaan Anda

Pastikan jarak mata anda dengan skrin monitor sekitar 46 ke 76 cm. (sekitar 2 kaki). Jika anda mendapati diri anda mendekat diri kepada monitor kurang daripada jarak ini, pastikan anda membuat pemeriksaan mata.

Kedudukan kepala anda sepatutnya 20 darjah menunduk kebawah.

Apabila anda duduk, pastikan anda boleh duduk dengan tegak dan disokong dengan penyokong kerusi. Pastikan tangan anda oleh bergerak dengan bebas dan pergelangan tangan digunakan dalam keadaan LURUS. Papan kunci anda sepatutnya ada bahagian untuk meletakkan pergelangan tangan yang memolehkan pergelangan tangan dalam keadaan lurus.

Anda sepatutnya tukarkan keadaan diri anda selalu. Jangan berada dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama. Berhenti untuk berehat 5 ke 10 seminit dalam jangka masa sejam penggunaan komputer. Rehat sekejap adalah lebih baik daripada berehat panjang tetapi menggunakan komputer dua hingga tiga jam tanpa henti.

Tukaran antara tugas antara menaip, berhenti sekejap untuk membaca, menulis, mengemas fail dan bergerak sekitar kawasan kerja boleh megelakkan masalah kekejangan urat. Lakukan senaman ringan pada tangan, kaki, bahu, leher dan belakang selalu, sekurangnya sejam sekali.

Panduan diatas hanya pandangan peribadi hasil bacaan bahan-bahan di Internet dan buku-buku kesihatan. Anda PERLU mendapat nasihat doktor jika anda menghadapi masalah kesihatan yang mungkin bukan datang daripada RSI dan CVS.

Bahan-bahan menarik untuk rujukan lanjut.

HP Working in Comfort. http://www.hp.com/ergo/

Computer Do Not Help Children Learn - A CAP Guide
Comsumers' Association Of Penang.

Bincang-bincang di Bincang Kesihatan
http://www.bincang.net/

Carian di http://www.google.com/ untuk
Cumulative trauma disorders atau Repetitive Stress Injuries (RSI).
Computer Vision Syndrome.

Moga ini menjadi panduan semua. Diakhiri dengan Sudahkah anda mejadi ahli MYSIG ?

http://www.mysig.org.my/

Wassalam.

: )

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar email kosong kepada

dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

Haris juga sering berada di Bincang Komputer http://www.bincang.net/ dan http://www.ittutor.net/ dengan nama Internet hafnie.

Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya mendapat email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).

Hantarkan email kosong kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

atau melalui link ini

http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris

Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html

20 Aug 2002.

0 comments:

Post a Comment

thank you! please come again! :)