beberapa minggu nie, ada ramai yang meluahkan cerita cinta mereka di kebanyakan group or fanpage yang aku join... sebenarnya aku cuma terfikir, kadang-kadang manusia nie dia lupa 1 perkara; jika dia menyakiti hati orang lain, dia juga mungkin akan disakiti di kemudian hari. what goes around comes around. tak percaya? tunggu jelah bila dah terkena batang hidung sendiri. lepas tu jangan lupa bagitau aku apa yang korang rasa...
minggu lepas ada 2 3 orang minah mengaku diorang ada hubungan sulit dengan boss diorang yang dah berkeluarga (ada isteri and anak-anak). walopun tau si lelaki adalah suami and ayah orang tapi diorang still nak jadi pasangan si lelaki. bila aku ceritakan hal nie pada hubby, dia kata zaman sekarang nie ramai perempuan yang nak menumpang senang, diorang tak nak susah-susah. so jalan paling senang ialah dengan mencari lelaki-lelaki berada tak kisah la lelaki tu dah berpunya ke belum.
salah sorang minah nie dengan bangganya memberitahu bahawa dia tak rasa malu pun berpakwekan suami orang as long as pakwenya banyak duit. dia sanggup jadi perempuan simpanan kalo pakwe dia tak nak kahwin dengan dia. obviously minah nie tak fikir pasal dosa walopun dia tau bersekedudukan tu haram... pada dia asalkan ada duit, benda lain tak penting. obviously maruah dia memang tak penting pun. sebab tu dia sanggup buat semua tu.
sorang lagi minah ada affair dengan si boss, berkawan baik pulak dengan bini boss walopun dia dah bertunang. apa motifnya? aku tak tau and aku malas nak tanya. yang kelakarnya dah banyak kali dia suruh pakwe dia si boss tu ceraikan bininya tapi si boss tak nak. tentu korang faham kan kenapa boss dia tak nak ceraikan bininya. obviously si boss memang sayangkan bininya. mungkin jugak si boss terfikir kalo minah tu boleh tinggalkan tunangnya yang sengkek untuk jadi girlfriend dia, minah tu boleh tinggalkan dia jugak bila dah jumpa lelaki lain yang lebih kaya dari dia.
sorang lagi minah nie dengan selambanya berkata bahawa bercinta dengan suami orang adalah perkara biasa lebih-lebih lagi kalo lelaki tu takde anak. sebenarnya aku tak tau nak kata apa... to me suami orang tu ada anak atau tak bukan jadi persoalan. persoalannya kenapa mesti cari suami orang? nak kata lelaki bujang trang tang tang kat Malaysia nie dah takde, aku rasa ada je. malah ramai lagi yang masih bujang, single mingle and of course takde girlfriend, tunang or isteri. kenapa mesti nak carik hak orang jugak untuk dijadikan lelaki pilihan hati? seriously aku benar-benar nak tau!
aku sendiri pun pernah muda, pernah single tapi bila ada je lelaki yang bergelar pakwe orang, tunang orang and suami orang yang nak dekat, aku tolak dengan baik. aku cuma cakap kat diorang "cuba fikir kalolah awek, tunang or isteri awak ngorat lelaki lain macam apa yang awak cuba buat kat saya? katalah pulak orang yang dia tackle tu bagi hint baik punya. awak marah tak?" selalunya diorang jawab benda yang sama iaitu diorang marah malah akan mengamuk la, itu la, ini la. wah, wah, wah! korang buat takpe ek? tapi awek, tunang or bini korang kalo buat camtu, tau pulak marah. tau pulak kata tak boleh. tau pulak jealous. tau pulak kata dosa (untuk perempuan yang dah ada suami je).
kalo korang tau sakit hati, bengang, marah, etc mcm tu jugak la apa yang pasangan korang rasa kalo diorang tau korang main kayu tiga. alasan lapuk yang biasa digunakan bila mengayat seseorang seperti "dia tak faham saya", "dia tak macam awak", "dia dah berubah", etc tu pada aku kalo korang tak pernah nak bercakap antara 2 hati, sampai bila pun takde apa yang akan berubah. commitment tu penting. give and take pun penting (yang haram tu tak termasuk dalam bab nie). kenalah saling bertolak-ansur, saling berbincang bukannya saling bertekak and bertelagah...
pada aku, semua perempuan yang suka kacau pakwe, tunang and suami orang tu jahat. semua lelaki yang suka kacau awek, tunang and isteri orang tu pun sama jahat dengan spesis perempuan tadi. tak kira la apa alasan korang skalipun, di mata aku korang memang jahat. sorry la kalo korang terasa sebab kalo korang baik, korang confirm tak nak kacau lelaki dan perempuan yang dah berpunya. korang tentu carik lelaki dan perempuan bujang trang tang tang yang takde commitment dengan sesapa. so jangan nak marah pulak bila orang sekeliling korang benci menyampah dengan spesis orang ketiga mcm korang nie.
ni lebih kurang mcm sambung entry atie la ni kan. hehe.
ReplyDeletebetul tu akak. tak faham la atie dengan orang mcm tu. mungkin diorang happy sakitkan hati orang lain kot. dah terang2 tau lelaki tu ada awek ke, tunang ke, bini ke, anak ke, tp masih jugak nak amik hak orang lain.
takpe la akak, kalo betul minah tu nak amik bf atie sekalipun, amik la. kalo betul bf atie nak sangat ngan minah tu pun, pegi la. atie dah penat nak pikir benda2 mcm ni. x larat dah.
lebih kurg la. hahahaha! sbb dah beberapa minggu nak ckp psl nie tp asyik lupa je. bila baca blog Atie td, br teringat. hehe!
ReplyDeletesabar ye, Atie... bertepuk sblh tgn, xkan berbunyi. so kalo dah mmg bukan jodoh, nak buat mcm mana kan? drpd sakit hati menanggung derita, lebih baik la bawak haluan sendiri supaya x terus terluka... mana tau nanti Atie akan jumpa lelaki yg jauh lebih baik dr dia & yg lebih menghargai Atie. who knows... sabar ye?
lebih baik putus skrg drpd bercerai-berai lepas dah jd suami isteri. lebih baik tau belang dia skrg dr tau kemudian hari & lebih sakit hati. yelah, kalo sekali 2 maybe boleh dimaafkan tp kalo dah berkali², apa citernya kan? kalo dah benci, ckp je terus-terang. senang! x perlu lg dok buang masa dok fikir psl dia.
Yuhuuu... I 'like' suami orang :D hahaha eee apetah, jangan rosakkan umah tangga orang, walaupun umah tangga dia rosak, jangan tambahkan penyebab umah tangga dia rosak. Tak baik...
ReplyDeletetu la. x kira apa alasan skali pun, majoritinya x sukakan kehadiran org ketiga dlm rumahtangga diorg. belum kena mmg la boleh ckp besar dpt rosakkan rumahtangga org tp bila dah kena btg hidung sendiri, br tau langit tinggi rendah...
ReplyDelete