Wednesday, January 12, 2011

Kawanku Sayang, Terima Kasih!

aku sayang kawan² aku! sayang sangat! (kamu tau siapa kamu!)

sejak dari kecil aku memang suka berkawan, tak kira usia, bangsa dan agama. dalam ramai² kawan yang hadir dalam hidupku, ada yang menjadi musuh dan juga kawan karibku. ada juga yang hanya mau berkawan denganku bila ada yang dikehendaki dari diriku. ada yang muncul bertanya khabar pada hari aku menerima gaji bulanan. sebab utama mereka muncul hanyalah untuk meminjam wang. setelah dapat, senyap berbulan². langsung tak muncul² hinggalah bila mereka rasa nak meminjam lagi. wang yang dipinjam dulu pun masih belum dibayar, malah berpura² lupa seolah² mereka tak pernah meminjam wang dariku. takpelah... aku bagi pinjam skali. kalo dah tak bayar, memang takkan aku bagi pinjam lagi sampai bila².

samalah juga halnya dengan hal meminjam barang. aku tak kisah kalo kawan nak pinjam barang² aku asalkan dipulangkan semula dalam keadaan asal. tapi slalunya barang tu hilang tah ke mana. bila dipulangkan dah macam barang buruk sedangkan masa dipinjamkan barang itu baru aku beli dan kujaga seperti barang baru. tanpa rasa bersalah barang aku dipinjamkan pulak ke tangan orang lain tanpa pengetahuan aku. bila hilang, langsung tiada ucapan maaf malah tiada inisiatif untuk menggantikan barang aku yang dihilangkan. takpelah... aku bagi pinjam skali. kalo dah hilang, memang takkan aku bagi pinjam lagi sampai bila².

ada barang yang boleh dipinjamkan tapi ada yang tidak boleh dipinjamkan tak kira mcm mana kuat sekalipun desakan mereka. sesuatu yang aku tak ingin berkongsi, mereka tekad cuba merampasnya dari aku. berpura² ambil berat dan prihatin terhadap diriku, tapi ada agenda tersembunyi. takpelah... skali terkena, aku akan lebih berwaspada. bukan semua kawan baik itu baik sebaik²nya. ada yang hanya berlakon untuk mendapatkan apa yang diidamkan... semuanya hanyalah sandiwara semata²...

ada juga yang baik hati, tiada agenda tersembunyi dan masih lagi menerimaku dalam hidup mereka. walaupun kami jarang berhubung tapi kami saling ingat-mengingati. kadang-kala bila rindu, kami bertelefon, bersms, berym, berskype dan berinbox/berwall (FB). skali-skala kami keluar bersama. tak semua benda boleh dikongsi dengan sesiapa tapi dengan mereka ini yang aku anggap kawan sejati, tiada rahsia di antara kami. mereka² ini jauh lebih memahamiku berbanding keluargaku sendiri. aku sayangkan mereka, sayang yang teramat sangat...

Make new friends, but keep the old;
Those are silver, these are gold.
New-made friendships, like new wine,
Age will mellow and refine.
Friendships that have stood the test -
Time and change - are surely best;
Brow may wrinkle, hair grow gray,
Friendship never knows decay.
For 'mid old friends, tried and true,
Once more we our youth renew.
But old friends, alas! may die,
New friends must their place supply.
Cherish friendship in your breast-
New is good, but old is best;
Make new friends, but keep the old;
Those are silver, these are gold. - Joseph Parry

kawanku sayang, terima kasih kerana memahamiku. terima kasih kerana menerima diriku seadanya. terima kasih kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku. terima kasih untuk segalanya. hanya Allah jua yang mampu membalas segala kebaikanmu. semoga tali persahabatan kita tetap utuh dan teguh hingga ke akhirat. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

p/s :- post ini ditujukan pada kawan²ku tersayang yang aku kenali dari 1SG (kamu tau siapa kamu) dan FB (kamu tau siapa kamu). sudah bertahun² usia persahabatan kita namun kalian masih tetap tidak berubah, masih tetap mau menjadi sebahagian dari hidupku. untuk itu, terima kasih setulus hati!

7 comments:

  1. Wow great post!!! For me you can find friends from school, work, college, university, neighbours, armed forces and every where..And friend is a person who gives assistance where ever you go and what ever you want..Thank's for sharing your views...

    Seattle Bankruptcy Lawyer | Alaska Salmon Fishing | Portable Generators | Light Up | Seattle Homes

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing yea Iza....
    :D
    pepehal....call le k
    :D

    ReplyDelete
  3. thanks, MJ! yup, friends can be found everywhere around us. this post was dedicated to my dearest online friends whom i've known for ages. some i've met in real life & some still haven't but they still cherished my friendship. that's why their friendship means a lot to me. :)

    you're welcome, Reiz! bila² free kita skype ok? hubby dah jrg guna mic dia, so i leh guna anytime. hehe!

    ReplyDelete
  4. ish ish..terharunye..:p tapi ada benda yang nak kena ganti ni hehehehehe

    ReplyDelete
  5. hehehe nanti kalo roayah dpt ketemu kamu, roayah bagitau

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)