Berkata seorang lelaki gila di stesen bas Taiping "wahai saudara-saudaraku semua Tahukah kamu bahawa setiap perempuan itu ke mana perginya membawa dua mulut? "Ya..setiap yang bernama perempuan itu memiliki dua mulut" Bagai takut kepada yang tidak mengerti, rangkap itu diulanginya lagi, "Mulut satu!"
Katanya "Mulut satu itu ada diatas,yang perlu dijaga kata tuturnya,supaya sopan dan lembut dengan gaya seorang perempuan dengan akhlak seorang perempuan.Tahukah saudara-saudaraku! Di mana mulut kedua seorang perempuan itu berada? orang ramai bagai ketakutan dan berlalu dari situ. Namun masih ada juga yg berminat utk menyaksikan gelagatnya. saudara-saudaraku!
Katanya dsambil menyelak-nyelak akhbar yang lusuh kekuningan di tangan katanya:
Berita satu!
Seorang bayi perempuan ditinggalkan di stesen bas Klang tali pusatnya masih belum jatuh
Berita dua!
seorang bayi dijumpai mati di dalam tandas awam di Ipoh
Berita Tiga!
Seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan sebuah rumah banglo mengalami beberapa kesan gigitan serangga di Kuantan,Pahang
"Tahukah saudara-saudaraku kenapa mereka membuang bayi-bayi itu? tahukah kenapa? laungannya semakin galak itulah bila perempuan tidak menjaga mulut keduanya yang dibawah itu maka itulah yang terjadi bila ada yang belum...tertunduk malu dan berlalu tapi aku terpaku di situ,terpaku dengan puisinya
Jagalah mulut yang dibawah itu wahai perempuan supaya tidak lahir zuriat haram! kerana melahirkan zuria-zuriat haramlah perempuan-perempuan itu jadi sifat kebinatangan lebih dari binatang!
Perempuan...apalah salah bayimu itu!
Jagalah mulutmu yang dibawah itu wahai perempuan,
Makhluk lelaki itu jangan kau percaya sangat,
Biasalah...sebelum dapat janjinya menggunung.
Lihatlah bayi-bayi yang tak berdosa ini dicampak bagai bangkai seekor kucing lihatlah perempuan!
Lihatlah! dari itu jagalah mulut keduamu itu serah saja kepada yang berhak untuk itu!
Lelaki ini memang jahanam!Jahanam!Jahanam!
Aku pun lelaki.aku pernah jadi lelaki jahanam Itu raungnya dalam tangisan yang mengila
Ha...Ha...Ha...ketawanya lantang lantas berlalu. Demikianlah sebuah puisi gila dari seorang lelaki gila.
0 comments:
Post a Comment
thank you! please come again! :)