Thursday, July 12, 2012

Sabah Trip, 25th June - 2nd July

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!

tak tau dari mana nak mula. tu sebab la baru hari nie terasa nak recall balik sikit²...

itulah kali pertama aku menaiki kapal terbang, so aku rasa aku ada sedikit excited berbanding orang lain yang dah pernah fly ke sana ke mari berkali². rasa macam naik roller coaster masa dia baru nak warming up. lebih kurang gitulah perasaan aku masa tu. lol! tapi balik dari Tawau ke KL, satu pengalaman yang tak best. telinga aku sakit sangat. petua yang member² dok bagi suruh telan air liur, tak menjadi langsung. sakit yang teramat sangat. aku rasa macam nak pekak sebab tak dengar apa². paniknya hanya Allah jelah yang tau... beberapa hari lepas tu baru ok. tapi pengalaman sepanjang berada di Sabah adalah sesuatu yang tak mungkin aku lupakan. tambahan pulak itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana.

tiket pergi balik dibeli oleh adinda kesayanganku, Atie pada 21 September 2011.

Booking number : U**F*P
Reservation status : Confirmed

Kuala Lumpur (KUL) to Tawau (TWU) Promo
Monday, 25 June 2012
Flight AK 5154

Depart from Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 1530 (3:30 PM) and arrive in Tawau Airport (TWU) at 1810 (6:10 PM)

Return

Tawau (TWU) to Kuala Lumpur (KUL) Promo
Monday, 2 July 2012
Flight AK 5157

Depart from Tawau Airport (TWU) at 2135 (9:35 PM) (+1 day) and arrive in Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 0020 (12:20 AM)

ikut perancangan asal, yang akan ke Tawau dari KL hanyalah aku, Ayang, Man & Ria tapi hanya aku, Man, Ria & Mira yang bertolak dari sini pada hari yang sepatutnya. perubahan berlaku bila Ayang ditugaskan ke Sabah selama hampir 2 bulan. rindu di hati ini hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Sabtu 23 June, my family came from BG lepak rumah Ina untuk 1 malam. i was there as well. Man sekeluarga yang tolong hantarkan. esok petang, Ina sekeluarga hantar aku & Mira ke rumah Ria. bermalam di sana, shopping apa yang patut untuk persediaan last minute ke Tawau (last minute sebab dah 2 minggu carik still tak jumpa² jugak). tengah hari Isnin, kami bertiga terus ke LCCT & jumpa Man di sana. flight delay dalam sejam. so berangkat lambat & sampai Tawau pun lambat. kesian Hadra yang terpaksa menunggu kami agak lama. thank you so much Hadra sebab jemput kami & belanja kami makan malam. :)

kalo nak cerita in details aktivitiku bersama adinda² & Ayang dalam 1 entry, entah bila baru habis. so aku ringkaskan ajelah ye? dari Tawau ke Kunak, dari Kunak ke Kundasang, dari Kundasang ke Ranau, dari Ranau ke Kunak, dari Kunak ke Tawau, dari Tawau ke Kunak, dari Kunak ke Semporna, dari Semporna ke Mabul & Kapalai, dari Mabul & Kapalai ke Semporna, dari Semporna ke Kunak, dari Kunak ke Tawau, dari Tawau ke KL semula. memang berjalan je la kerja kitorang sepanjang berada di Tawau, Kunak, Kundasang, Ranau & Semporna. jalan², makan², melawat² sambil mengambil gambar & of course la ada aktiviti shopping² jugak. apa yang aku beli? biarlah rahsia... :P

gambar? aku memang takde ambik gambar langsung sebab Mira, Atie, Man & Ria termasuk Ayang & membernya, Shahrul dah ambik banyak gambar. so nanti ada masa & kalo aku rajin, aku akan update esok lusa untuk kenangan sendiri... Insya-Allah! tapi takde la nak upload semua gambar. banyak sangat. lebih dari seribu keping, boleh habis bandwidth dibuatnya. so nantilah aku upload 1 2 untuk setiap tempat yang aku pergi & diorang ada ambik. coz bukan semua tempat kitorang ambik gambar pun. memory tak cukup. hahahaha! if you know what i mean. :P

klah, take care! ;)

7 comments:

  1. Replies
    1. memang seronok sangat. :D Insya-Allah, ada rezeki lebih memang nak ke san lagi. :)

      Delete
  2. insya Allah ada rezeki datang lagi ye..:)

    atie minak maaf banyak² kalo ada yang kurang dari atie mahupun family ye. atie dah cuba yang terbaik untuk korang suma sebab nak akak dan yg lain enjoy trip ke sabah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, memang nak ke sana lagi. :D

      samalah akak pun mintak maaf jugak terlebih terkurang sepanjang berada di sana. memang enjoy sangat walopun terlebih budget. hehe! tapi lain kali dah tau dah apa nak buat. :)

      Delete
  3. I pun nak mintak maaf jika ada yang terasa hati ke ape semasa kita bersama-sama .. I ni selambe je kan.

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)