Sunday, June 19, 2011

Silent Reader

aku memang kurang suka nak komen-komen kat memana atas banyak sebab. salah satunya sebab takde mood campur malas nak komen, tak tau nak komen apa and alasan yang paling biasa sekali, sebab semua orang yang komen kat situ dah suarakan apa yang aku nak cakapkan... kalo kat FB, aku memang malas nak komen sangat sebab ada yang pernah sound aku kata komen aku panjang meleret. so sebab tu aku jarang la nak mengomen-ngomen nie. biasanya hanya menjadi pembaca setia je aka "silent reader"... kalo boleh like, aku like je. kalo tak boleh, then takde le nak like... tapi kalo aku dah start mengomen, memang sometimes jadi panjang. panjang sebab aku malas nak taip banyak-banyak kali and paling tak nak kena pink warning. kalo korang jenis active kat FB, korang tau le apa yang aku maksudkan tu.

aku bukanlah jenis hari-hari nak check blog list tapi bila tengah ada mood, abis semua pun aku bukak and baca. so tadi baru aku perasan, 1 lagi blog yang aku follow dah tukar jadi private. blog apa, tu biar la aku sorang je yang tau. aku dulu follow blog tu sebab aku suka baca cerita dia. dia ada kongsikan pasal apa je yang dia tak puas hati. pada aku, ayat-ayat yang dia guna tu semua very sincere and tak bermuka-muka. pada sesetengah orang maybe cara penulisan dia tu agak kasar and tak sesuai untuk orang-orang yang tinggi ilmu bahasanya tapi tu tak menghalang aku untuk terus menjadi pembaca setia. tapi sekarang dah tak boleh baca le pulak. sebab apa dia dah privatekan, aku pun tak tau... takpe la, sampai di sini je kot. maybe bila dia dah tak privatekan lagi, aku masih boleh baca isi hati dia macam dulu-dulu. tu pun kalo dia tak tukar link le. kalo tukar, tak merasa dah kot...

dah alang-alang mengomel, nak meluah pasal benda lain sekali. dari petang Rabu sampai malam tadi, aku tak sihat. demam, selsema, batuk, sakit kepala and sakit tekak... berjangkit dari seseorang yang cuma tak sihat dua hari. bahananya sampai ke hari nie aku masih tak selesa. semua benda serba tak kena. nak tidur pun susah... dah makan ubat tapi bukannya makin baik. so hari nie aku agak kurang aktif tapi paksa diri untuk aktif jugak. takmo dilayankan sangat sakit nie sebab nanti kalo dilayankan sangat, terus aku takde mood nak buat apa pun... nak jalan-jalan tapi my darling kena kerja pulak. so melayan GT weekly mission la cam biasa. dalam sengal-sengal tu, tinggal 2 ekor je lagi nak complete mission. confirm boleh settle hari nie. suka sangat padahal semalam masa berejam sekor pun tak dapat, rasa cam dah malas nak buat mission nie. tup, tup, petang tu berderet-deret pulak masuk trap. macam tau-tau je apa yang aku rasa. :P

malam tadi melayan Bleach 326 and Naruto Shippuuden 216 sekali. best, aku suka tapi Naruto banyak sangat le pulak flashbacknya. saje nak memanjangkan citer... aku pun dah lama tak baca Naruto manga synopsis. last aku baca chapter 505. tah bila diorang nak sambung 506, aku pun tak tau. aku malas nak baca manga sebab nanti dah kurang feel. so aku prefer baca synopsis or wiki je kalo aku nak tau perkembangan lanjut. selebihnya aku tunggu anime je. filler pun filler la... 1 episode pun kalo boleh aku tak nak miss... tak sabar nak tunggu time Kushina muncul and still tak tau apa yang Itachi bagi kat Naruto (untuk berlawan dengan Sasuke kalo diorang ditakdirkan tetap kena berlawan antara satu sama lain) sebelum dia mati. Bleach aku tak jumpa pulak manga synopsis. so layankan aje anime dia tetiap minggu. aku still tak tau sebab sebenar kenapa si Kageroza tu nakkan Nozomi and nak hapuskan Ichigo sangat-sangat. can't wait for the next episodes for both anime. :D

klah, nak sambung tengok citer Tamil kat tv2 sambil-sambil layan FB (as usual gaming activities je le :P). hope your weekend ends well! take care! ;)

2 comments:

  1. terima kasih kerana adik sudi komen di blog mak semalam.. really appreciate it.. Sama lah dgn Mak .. mmg selalu jadi silent reader je.. takut kalo salah komen org terasa kan.. hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih sbb sudi singgah sini, Mak Dara! :) sometimes mmg terasa nak komen tp x jd sbb bukan semua org berfikiran terbuka...

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)