setelah reunion kali pertama dulu di Delicious, Bangsar Village 2, reunion kali kedua nie dibuat di Restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur. Uji dah buat reservation last week untuk 10 orang pukul 12 tengah hari.
kali nie, aku tumpang Sitha. sepatutnya Asma menjemput kami berdua di LRT Bangsar. disebabkan dia perlu menjemput Zura and Leen yang datang dari Ipoh dan menunggunya di tol Jalan Duta, hubby Sitha yang hantarkan kami berdua terus ke destinasi. kami sampai dalam pukul 11.30 pagi. lepas tu, baru Uji muncul. kemudian Asma, Leen and Zura. Julie membuat kejutan muncul secara tiba-tiba (last time dia kata ada hal) and Syikin tiba sejurus selepas itu. Emi adalah yang terakhir sekali sampai. kali nie Julie, Syikin and Emi masing-masing berbadan dua. Julie dengan kandungan pertamanya, Syikin dengan kandungan ketiganya (lelaki jugak) and Emi dengan kandungan keduanya.
kami makan nasi putih dengan 8 (atau 9, aku lupa nak kira :P) jenis lauk. Zura order taugeh ikan masin, kangkong sotong, daging black pepper, udang petai, tauhu telur, ikan special and buttered prawn. Syikin order tomyam campur and Emi order nasi goreng black pepper. macam-macam air yang kitorang order; durian belanda, tembikai, kelapa, teh longan, air kosong (tah berapa gelas tah), etc. kami makan sambil bercerita. riuh-rendah la macam biasa bila sekali-sekala dapat berkumpul bersama-sama. akhir sekali kami makan kek (pecan apa tah namanya dari Secret Recipe) yang dibawa oleh Uji khas untuk birthday girl; Asma. makan minum kami di Tupai-Tupai dibayar oleh Zura. dia berkeras mahu belanja kerana sudah lama tak bersua... semua sekali rm340. terima kasih, Zura!
dalam 3.30 petang, masing-masing mintak diri. Emi hadiahkan cenderahati yang dibawa pulang dari Jepun kepada kami semua. terima kasih, Emi! sebelum berpisah, kami bergambar sekali lagi sebagai kenangan. pertemuan yang begitu singkat, tak puas sebenarnya... tapi masing-masing dah ada commitment sendiri tak seperti di zaman persekolahan dulu... entah bila dapat berjumpa lagi...
Uji hantar aku and Sitha ke LRT Bangsar. hubby Sitha dah sedia menunggu di situ. aku dihantar pulang oleh mereka. sampai rumah hujan dah lebat...
sebenarnya aku tak tau nak kata apa... speechless.... perasaan aku bercampur-baur; rindu, happy, sebak, terharu, lega, silih berganti... dapat jumpa kawan-kawan lama memang seronok. lebih-lebih lagi bila dah kenal sejak dari sekolah rendah.... walopun ada masanya kami berlainan kelas tapi kami tetap rapat. semoga persahabatan kami tetap utuh sampai bila-bila... Insya-Allah!
best kan jumpa kawan2 lame :D
ReplyDeletehaah, best. nie pun dia ajak jumpa lg kat Ipoh pulak... hehe!
ReplyDelete