Sunday, April 17, 2011

Tahlil & Doa Selamat 16/04/2011

Isnin lepas, pukul 7.14 pagi, mama call & bagitau ada kenduri tahlil & doa selamat, Sabtu pukul 11 pagi. suara mama happy semacam & buat aku pun rasa nak balik kampung sangat². aku cuma cakap Insya-Allah. yelah, macam biasa kena tanya hubby dulu. kalo dia tak kerja Sabtu tu, bolehlah kitorang balik. tapi aku memang nak balik sangat² sebab masa aku call Lihah malam tu, dia kata semuanya balik.

semalam aku balik kampung dengan hubby. naik ETS pagi pukul 8.30 sampai BG dalam pukul 10.30 pagi. sepanjang perjalanan, aku cuma layan kartun Tom & Jerry yang ditayangkan di tv dalam train. bila rasa mengantuk, aku tido sekejap. super excited nak balik kampung sebab last balik masa Aidilfitri tahun lepas. bila train dah sampai Sungkai, hubby sms Fauzi. malam sebelum tu, hubby dah call dia & mintak tolong dia ambik & hantar kitorang ke KTM & Ipoh. dia kata ok. :)

so semalam masa kitorang sampai KTM BG, yang jemput kitorang Lihah & hubbynya bersama anak sedara kitorg, si Adam Muhaimin. punyalah rindu kot kat kitorg. so turun je dari kereta terus dia berlari lalu peluk aku & hubby. sampai rumah, dah ramai yang hadir. yang lelaki di luar rumah, bawah khemah & yang perempuan di ruang tamu dalam rumah. aku terus ke bilik untuk salin baju kurung. adik-beradik perempuan semua tengah berkumpul (termasuk ipar & anak² diorg) kat dalam tu. masing² terkejut tengok aku & tanya banyak soalan. hahahaha! aku suka sangat²!

lepas tu kitorang keluar untuk baca Yasin, disebabkan kat depan dah penuh, so aku duduk di tangga dapur je. aku tak perhatikan jam pun. so aku tak perasan pukul berapa bacaan doanya mula & abis. bila dah selesai, semua tetamu ke luar rumah (khemah) untuk makan tengahari. aku & adik² perempuan lepak² dalam bilik & kat depan rumah, borak².

aku jumpa Norehan yang dah bertahun aku tak jumpa lepas aku masuk Teknik dulu. dia kata dia masih lagi tinggal di rumah parentsnya & baru berkahwin 2 tahun yang lalu. katanya dia ada Facebook tapi tadi masa aku search email addressnya, takde pulak. lupa pulak aku nak tanya dia semalam, dia pakai id apa. lol! aku lupa nama penuh dia. maklumlah, dah tua. hahahaha!

No results found for your query.
Check your spelling or try another term.

Norehan! aku dah try nak add kau tapi tak boleh sebab tak jumpa. sorry tau? nie yang aku dapat lepas search email dia tadi. maybe privacy settingnya terlalu tinggi kot. ah, takpe la. since dia kata dia memang tinggal kat BG, lain kali bila aku balik kampung lagi (tah bila, Aidilfitri lagi kot), aku boleh pergi terus ke rumah dia. kan? kan? kan? sorry! :P

semalam aku makan masa kenduri skali & makan lagi skali sebelum balik PJ. oh, jangan marah! aku bukannya slalu dapat balik kampung. so kalo dah dapat balik, mestilah tak nak lepaskan peluang. walopun semalam kendurinya, mama kata dia ambik catering je dari caterer yg sama seperti sebelum² nie tapi sambal belacan, mama tetap buat. cateror tu ada bagi sambal belacan dia tapi pada aku, sambal belacan mama lagi best. bukan selalu pun aku dapat makan. lol! tangan aku memang berbau sambal belacan tu sampailah hari nie. dah banyak kali sabun dah nie. :P

lepas kenduri, kitorang semua berehat². yang lelaki (adik & ipar) semuanya kemas meja, kerusi & basuh pinggan. yang perempuan duduk bersembang. wakaka! petang dalam pukul 3.30, Fauzi bawak aku & hubby pergi melawat atok (atok hubby) kat Ipoh. Rabu lepas, my mother in law dah balik Ipoh dulu dengan father in law & sis in law sbb atok sakit. my hubby kerja & tak boleh ambik cuti sebab projek tengah banyak. so memang dah plan nak balik hari je semalam untuk kenduri & melawat atok skali. tiket memang dah beli siap² pergi balik. so semalam singgah rumah atok, bawakan nasi & lauk-pauk kenduri (banyak) sebab ingatkan mak, abah & Ina serta Am (mother in law, father in law, sis in law & her hubby) masih ada lagi kat Ipoh. rupanya diorang dah balik PJ kelmarin. langsung takde bagitau... -_- anyway, berbual² dengan atok & wan & Fauzi sampai pukul 5 petang. then balik semula ke BG.

sampai BG, mandi & salin baju, makan siap² (malas nak bawak balik sebab fridge masih rosak) & terus ke KTM BG dalam pukul 6.15 petang. Fauzi, Lihah & Mira yang hantar kitorg. dalam train aku mengantuk giler. hubby pun sama. so memang tido sepanjang perjalanan. terjaga skejap bila announcement, then tido balik. tapi takdelah lena mana pun. seatnya tak sebest seat ETS pagi. kaki aku lenguh giler bila sampai rumah. anyway, sampai KL Sentral dalam 8.30 malam. helmet kat motor dedua basah walopun dah balut dengan plastik. maybe hubby salah posisikan helmet tu. tu sebab air masuk serap sampai ke dalam helmet. agaknyalah... sampai rumah dalam 9.30 malam tadi.

aku masih penat. hubby pun sama. dia masih tido lagi nie. tah pukul berapa dia tido pagi tadi, layan bola & surfing. aku malas nak kejut. biarlah dia terjaga sendiri. hehe! kesimpulannya aku puas hati yang teramat sangat balik kampung kali nie. kenapa & mengapa? tu biarlah aku & mereka² yang tau je tau. :D

klah, lapar pulak. nak makan apa yang ada. happy weekend & take care! ;)

2 comments:

thank you! please come again! :)