Thursday, March 10, 2011

Gugur Hanya Kerana Tak Ready?

this morning, 1 of my FB (Facebook) friends (aku namakan A) ceritakan tentang masalah kawan dia (aku namakan B) and mintak pendapat kawan-kawan. B has been married since last year and sekarang nie tengah pregnant sebulan. so apa masalahnya kan? kalo akulah yang pregnant, aku suka yang teramat. yelah, dah nak genap 11 tahun dah aku kahwin (bulan depan genap la 11 tahun) tapi sampai sekarang masih belum diizinkan Allah untuk pregnant. sebab musababnya biarlah aku and hubby je yang tau. actually kawan rapat pun tau jugak tentang hal nie.

anyway, si B nie ajak si A temankan dia pergi gugurkan anak. so si A pun tanyalah kenapa kawan dia si B nie nak gugurkan kandungannya. tau apa si B jawab? dia kata dia tak ready and kewangan dia suami isteri masih tak kukuh. so sebab tu dia nak gugurkan kandungan tu secepat mungkin.

Astaghfirullah, terkejut aku. nak gugurkan semata² kerana tak ready je? kewangan tak kukuh? adoi, rasa nak bagi penyepak je aku rasa kalo kawan aku yang cakap camtu kat aku. org lain yang susah nak mengandung, berusaha bermacam cara nak bagi mengandung. yang dia nie dah mengandung, nak pergi buang pulak. betul-betul tak tau bersyukur... kawan office dia pulak siap suggestkan ubat kuat untuk gugurkan kandungan tu. ada kawan pun tak boleh pakai...

aku suruh A referkan article tulisan Ustaz Zaharuddin psl Hukum Menggugurkan Janin nie kepada B and suruh dia balik berbincang dengan hubby dia and fikir masak-masak. mesti korang tertanya-tanya apa kata hubby dia, kan? paling aku tak sangka, hubby dia pun setuju untuk digugurkan je kandungan si wife. haih! tak tau aku nak kata apa lagi dah... -_-

kesimpulannya :-

  • makan sebarangan ubat untuk gugurkan kandungan boleh merosakkan sistem peranakan and maybe in the future dia takkan boleh mengandung sampai bila-bila. masa tu nak menyesal pun dah takde guna dah.
  • kalo dah tau tak nak anak, pandai-pandai la control. masa bersedap tak ingat. bila dah pregnant, nak dibuang pulak. kalo tak nak anak tu sekali pun, teruskan kandungan and bila dah beranak nanti, bagilah pada org yang nak...

4 comments:

  1. Buat anak, lahir anak, jual anak lagi satu hal ...ish ish ish...Tu le, kalau tak mampu, take precautions measure la...

    Tapi fikir logik la, selalunya ada anak murah rezeki...insyallah.

    ReplyDelete
  2. tu le psl. ada yg buat bisnes anak pulak. mcm dah xde benda lain boleh dibuat berniaga...

    diorg slalu bg alasan yg sama bila nak buang, x ready & x cukup budget la apa. tah hape² punya alasan tah. Allah bg diorg anak sbb tau diorg tu dah ready & cukup budget. diorg je yg x perasan... sayang betul!

    ReplyDelete
  3. setiap anak yg Allah bagi tu, Allah sertakan dengan rezeki sekali. Bila dia buang anak tu maknanya dia buang rezeki dari Allah. hm..orang mcm ni, eloknya biar terus tak dapat anak dah. Eiii geram!

    ReplyDelete
  4. tu la, geram kan? A kata B dah gugurkan kandungannya dgn kos rm450 kat klinik keesokan harinya... nak gugurkan anak ada pulak budgetnya tp nak besarkan anak, x boleh nak budget pulak. mcm²...

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)