Friday, June 26, 2009

Nota Di Dalam Bahasa Melayu

Rozhan tag me on FB. so gonna post it here too... :D

Sila jawab soalan-soalan di bawah ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :
beberapa orang lelaki dari zaman persekolahan hingga zaman pekerjaan. perkara biasa (bagi saya, mungkin tidak bagi anda) sebelum menamatkan zaman bujang. :P

2. Saya sedang mendengar :
iklan² & lagu yang entah apa² di televisyen

3. Mungkin saya patut :
mencabut plag televisyen tersebut

4. Saya suka :
bermain permainan komputer, melayari internet dan menonton siri animasi Jepun (skemanyalah...)

5. Sahabat-sahabat baik saya :
seperti biskut Chips More; sekejap ada, sekejap tiada

6. Saya tak faham :
kenapa ramai manusia memiliki penyakit 'perasaan hasad dengki' yang terlalu kuat & suka bermusuh

7. Saya kehilangan :
keyakinan diri

8. Ramai yang berkata :
saya terlalu merendah diri

9. Makna nama saya :
Cahaya Apabila; tidak diketahui sama ada ianya benar atau tidak tetapi itulah yang telah diberitahu kepada saya oleh ustazah yang mengajar saya semasa saya berada di darjah dua

10. Cinta itu adalah :
terlalu unik, indah & sukar dirungkai dengan kata²; kadang-kala ianya lahir dengan sendirinya tanpa dipinta

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
mencari² erti kehidupan, sakit & kelaparan, menangisi nasib diri & mungkin juga sedang cuba untuk meneruskan kehidupan selagi terdaya

12. Saya akan cuba :
untuk tidak terlalu mengharap pada yang tidak pasti

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hinggu hujung nyawa

14. Telefon bimbit saya :
telah diberikan kepada suami saya yang tercinta

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya terus bangun untuk melakukan apa yang telah saya rancangkan sebelum tidur

16. Saya paling meluat apabila :
diperlakukan seperti sampah apabila tidak lagi diperlukan

17. Pesta/Parti adalah :
sesuatu yang tidak pernah saya suka sedari dulu

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
anak² kucing arwah datuk saya

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
ketika membesar

20. Hari ini :
saya akan teruskan dengan melakukan apa yang menggembirakan hati saya

21. Malam ini saya akan :
tidur lambat lagi seperti selalu

22. Esok pula saya akan :
meneruskan dengan apa yang saya lakukan setiap hari

23. Saya betul-betul inginkan :
kedamaian tanpa permusuhan, kegembiraan tanpa kerisauan, kasih sayang tanpa benci & iri

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya jarang melihat cermin

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tiada satu pun; kedua² tempat tersebut selalunya terlalu bising & sesak buat saya

26. Makanan Barat atau Jepun :
asalkan ianya halal, sedap & dimasak (bukan mentah), Barat atau Jepun tidak menjadi masalah

27. Bilik yang terang atau gelap :
tidak terlalu gelap, cukuplah sekadar diterangi cahaya dari televisyen atau monitor komputer

28. Makanan segera adalah :
makanan yang boleh terus dimakan tanpa dimasak atau yang dimasak dengan cepat seperti mee segera (lol)

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
thanks, ayang

30. Siapa yang anda mahu Tag?
Rozhan dan kawan² yang tahu Bahasa Melayu

0 comments:

Post a Comment

thank you! please come again! :)