Tuesday, August 14, 2012

M² 2nd Iftar Gathering; City One Plaza

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!


M² 2nd Iftar Gathering

pada hari Ahad 12 Ogos 2012 baru² nie, geng² berjumpa & berbuka bersama² untuk kali yang kedua. kalau tahun lepas kami berkumpul di Taman KLCC, kali nie kami semua berkumpul di Food Court, City One Plaze. aku & Fyza tumpang Zul @ Luke untuk ke sana (thank you, Zul). jumpa Khairi yang sejak dari tengah hari dah berada di sekitar Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman). dia datang dengan bas dari Johor macam tahun lepas jugak. kitorang terus ke Dataran Campbell & bila calling², sms & tanya kat group mostly geng² lain datang lepas Asar. so kami terus ke gerai Meon; saudagar kuih raya, telekung & jubah (tag line dia, Saudaghar Hari Raya) di tapak E6 berdekatan situ. jumpa Afif buat kali pertama. then terus pergi ke City One Plaza & menunggu geng² lain di sana.

Sai (muka baru jugak macam Afif) tiba selepas itu diikuti muka² lama seperti Lee, Pok Tim, Lene @ Fadz (sedap bihun yang Lene bawak, thank you!), Potet & Man. kami berbuka puasa bersama² & solat di surau berdekatan. sesudah selesai apa yang patut di City One Plaza, kami terus ke gerai Meon. sementara menunggu Nolly & buah hatinya Naza (juga muka baru), kami makan ais krim potong (dibuat menggunakan santan). macam² perisa ada. ada strawberry, keladi, pandan, vanila, chocolate, kopi, etc. sebaik je Nolly & Naza tiba, kami terus bergerak ke khemah berdekatan. yang mana dah lama tak jumpa, memang macam² nak dicerita & dikongsi bersama. seronok jumpa diorang semua, baik muka lama maupun muka baru. thank you so much everyone sebab sudi datang & memeriahkan suasana! :D kami berpisah dalam pukul 10.30 malam. kami bercadang untuk berkumpul semula semasa kenduri kahwin Lene @ Fadz bersama tunangnya pada 26 Ogos & kenduri Meon bersama aweknya pada 1 September jika tiada sebarang halangan. Insya-Allah! :)

hubby tak ikut kali nie. asyik kena jumpa doktor T je dari pagi sampai ke petang. so aku memang takde ambik sebarang gambar. handphone aku takde connector. kalo ambik pun, memang tak boleh upload... gambar² kat sini sumbangan Man (Cryofoton Media). all credit goes to him. thank you, Man!


Food Court, City One Plaza; Zul @ Luke, Afif, Potet, Pok Tim, Khairi & Lee

Lene @ Fadz & Fyza

me, Sai, Zul @ Luke, Afif

Khemah Jalan TAR; Zul @ Luke, Fyza, me, Lene @ Fadz, Pok Tim & Afif

depan; Fyza, me, Lene @ Fadz, Pok Tim, Afif & Khairi
belakang; Nolly, Naza, Sai, Zul @ Luke, Lee & Man

depan; Fyza, me, Lene @ Fadz, Pok Tim, Afif & Khairi
belakang; Nolly, Naza, Sai, Lee, Zul @ Luke & Man

depan; Fyza, me, Lene @ Fadz, Pok Tim, Afif & Khairi
belakang; Nolly, Naza, Sai, Lee, Zul @ Luke, Potet & Man

sorang je yang takde dalam gambar² nie; Meon sebab sibuk melayan pelanggan kat gerai dia. kalo korang nak beli kuih raya yang gerenti sedap, boleh la pergi ke tapak E6. mostly kuih raya dia (homemade) yang aku dah rasa & beli, semuanya sedap. masuk je dalam mulut, melt terus. so memang sedap la. hari tu aku cuma beli 3 jenis je sebab tak ingat yang aku suka tu yang mana satu. rasanya dah habis kot time tu.

p/s :- salam Aidilfitri, maaf zahir & batin pada semua yang mengenali diri ini dari dekat & jauh, yang memang kenal diri ini tapi buat² tak kenal, yang memang tak kenal langsung diri ini tapi buat² kenal, yang hanya kenal diri ini di dunia realiti, yang hanya kenal diri ini di dunia fantasi, maya, etc. takut tak sempat nak jumpa, call, sms, etc korang semua in the next few weeks... saya hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. ada rezeki, kita tetap akan berjumpa jua. maaf sekali lagi, dari hujung rambut sampai hujung kaki. hingga kita berjumpa lagi. jaga diri! assalamualaikum!

0 comments:

Post a Comment

thank you! please come again! :)