Thursday, August 18, 2011

Chit Chatting

ada kawan tanya, apsal takde update apa-apa? aku cuma kata, "rasanya memang dari dulu pun aku jarang mengupdate sebab aku post ikut mood je."

adakah menjadi satu kemestian untuk update tiap-tiap hari? aku rasa tak kot. tu serupa dah macam terpaksa and bukan rela. aku nie pulak bukannya jenis yang rajin nak mengupdate setiap masa or setiap hari. ada certain benda rasa cam malas nak ingat langsung, so aku takde simpan kat sini. yang aku nak ingat je aku simpan.

apsal aku suka post pasal game? sebab itu minat aku? game yang aku main, aku suka simpan apa setting yang aku guna untuk dapatkan apa yang aku nak dalam game tu. itu je. takde apa pun sebenarnya. cam aku selalu cakap dulu, aku update sebenarnya lebih kepada diri sendiri and kawan-kawan yang nak tau pasal aku or pasal game yang aku main (sebab diorang pun main game yang sama). selain dari tu, sini tempat untuk aku meluahkan apa je yang terbuku. masih ingat kisah Diary yang aku ceritakan dulu? kalo korang yang kenal aku in real life, maybe dah memang tau tentang kejadian tu. yang tak tau, well aku dah ceritakan pun secara ringkas sebelum nie... gi la baca balik coz aku malas nak taip lagi sekali. :P

anyway, sket je nak update. sepanjang Ramadhan nie, aku takde keluar sangat melainkan berbuka puasa bersama my dearest hubby or dengan family dia. most of the time, memang ada je kat rumah. takde mood nak keluar sangat and takde mood jugak nak tengok tv waktu siang. baju raya pun tak beli lagi nie. tiket balik kampung pun tak beli lagi. :P serupa macam orang tak nak beraya je kan? lol! aku banyak abiskan masa dengan buat benda-benda normal yang orang lain pun buat. rasanya tak perlu bagitau kot apa bendanya kan? korang confirm dah tau punyalah. kalo tak tau pun, buat-buat tau je la. hehe!

Ahad nie ada gath. first gath buat aku bertemu dengan ahli-ahli (Malaysian Mousehunters) yang tak pernah bersua muka pun sebelum nie di alam realiti. alam maya dah selalu hang out dah. so diorang ajak berbuka bersama-sama kat KLCC. dengar citer Nolly nak bawak something special. Insya-Allah, aku datang dengan hubby. tak tau nak bawak apa lagi due to so many reasons (as usual malas nak taip sebab-musabab). sampai sana nanti la baru citer.

Isnin baru-baru nie, aku order something from my Facebook friend. dulu-dulu memang takde rasa nak beli atas sebab-sebab tertentu (macam biasalah, malas nak taip sebab-musabab). lately nie je baru rasa teringin pulak. so terus tanya hubby and dia kata ok. aku nak 2 sebenarnya tapi hubby kata try 1 dululah. kalo ok, baru order 1 lagi. 1 pun 1lah. dia bagi pun dah kira ok. so tengah hari tadi, barang tu pun dah selamat sampai ke tangan aku. aku tengah pakai barang tu sekarang nie. best pulak. tak sabar nak tunggu hubby balik, nak tunjuk kat dia. motifnya, supaya boleh beli lagi 2 3 pasang ke next time bila my friend ada offer (special price). mesti ada yang cakap, "itu pun nak bagitau ke?" well, suka hati akulah kan? lol!

nak tau barang apa? well, it's a secret. so tak boleh bagitau sesape la kecuali yang rapat-rapat je. yang nyatanya buat masa nie hanya aku sorang je termasuk hubby and my Facebook friend yang tau. orang lain semua tak tau tapi tadi adik ipar aku pun dah tau sebab dia call time aku tengah dok pakai barang nie.

oklah, cukup la pasal barang tu. next week dah nak balik kampung dah. kali nie sempat la berbuka puasa with my familia pulak. i miss mama and abah the most! i miss the rest of my siblings and of course la anak-anak buah semua. orang lain? rindu jugak tapi tak sebanyak rindukan my own familia. tadi ada kawan sekolah ajak bergath raya nie. entah aku sempat join ke tak. coz kali nie aku balik awal and balik sini kinda awal jugak. ada sebab and seperti biasa, malas nak taip sebab-musabab.

mesti ada yang cakap, "apalah minah nie? kalo dah malas nak taip, tak payah le taip!" aku ada 2 sebab je kenapa aku selalu cakap macam tu (merujuk kepada ayat malas nak taip sebab-musabab tu). first, sebab aku malas nak explain. korang nak percaya ke tak nak ke, korang punya suka. kenapa aku mesti explain everything kat korang, kan? second, sebab aku memang malas nak taip pun. in other words, malas nak cerita. so harap lepas nie takde orang yang dok suka tanya benda yang aku tak nak expose sebab ayat aku tu pun aku rasa dah cukup jelas dah. either aku memang malas nak taip or malas nak explain lebih-lebih. nie pun dah kira panjang dah nie. dah kira macam terexplain pulak...

kepada kawan-kawan real life yang aku kenali (closed friends, not so closed friends, normal friends, far away friends, missing in action friends, now you see now you don't friends, etc), hope you're leading a great, happy and fun life with your loved ones. if we haven't keep in touch for years, that's because i couldn't retrieve your contact numbers from my old unusable phones. i'm now using a phone gifted by my M² friends (Agus, Fyza and Zul) on my birthday. so please give me a call or a message if you still have my number. i'm still using the same number i've been using since 2005. the 1 end with 59 or 29 (that's my hubby). if you don't have both numbers, then please contact me through Facebook. if you're not using your real name, then please tell me who you are coz i don't like playing guessing game (i might just ignore you).

kepada rakan-rakan blogger, sorry bulan nie tak berapa nak rajin mengupdate or singgah memana blog lama-lama. singgah yang mana dan je and most of the times, memang takde rasa nak komen (seperti biasa la). harap korang tak patah semangat and teruskan menulis or berkongsi apa je yang korang nak. ada masa nanti, aku akan jenguk la. my life is pretty hectic, sama je macam orang lain. so tak dapat nak spend lama-lama sangat coz ada commitment lain jugak macam korang.

to the rest of you that i don't know in real life (virtual friends and strangers), hope life is treating you well! till then, take care! ;)

3 comments:

  1. ..ahahaha I like la "post ikut mood je". Coz I pun gitu gak hehehe. Sometimes pendek je post dia. huhuhu. Anyway, panjang gile post, tau la nak lik kg soon. Kirim salam kat parents u ye. Malu tapi takpe la, ingat kot diorang kat I ni yang pemalu auuwww...bestnye org nak balik kg jauh..:)

    ReplyDelete
  2. @RedNema (-_-"); selamat berpuasa! :)

    @Ria; baru tau ke panjang? lol! tu la namanya ikut mood. kalo mood ok, panjang. kalo mood kurang, pendek je. silap² sebaris ayat je! :D nanti i sampaikan salam you tu. :) balik kg kali nie best sbb tido rumah baru adik. hehe!

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)