Blog Dan Aku (click header untuk join) |
1. Apa nama blog anda?
atnur @ Iza (English vs Malay)
2. Kenapa anda memilih nama itu?
pernah cerita pasal nie dulu. boleh refer kat Why atnur @ Iza (English vs Malay)?. tapi kalo malas nak refer, then saya bagitau jelah kat sini lagi sekali. hehe! atnur tu id yang saya gunakan sejak dari zaman kerja sampai sekarang. gabungan nama penuh saya. at tu singkatan nama ayah saya and nur tu singkatan nama saya. Iza tu nama panggilan saya. atnur @ Iza tu maksudnya kawan-kawan dunia maya kenal saya sebagai atnur and kawan-kawan dunia realiti kenal saya sebagai Iza. either way, dedua pun adalah orang yang sama; iaitu saya. :) English vs Malay tu sebab kadang saya suka cakap dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (dulu Bahasa Malaysia) and kadang-kadang saya suka cakap bahasa rojak (campur-campur), bahasa pasar or senang cakap; Manglish. so sebab tu la saya pilih atnur @ Iza (English vs Malay) sebagai nama blog saya. :D
3. Tema warna blog anda.
sekarang biru putih hitam kelabu kot. tah la. tak tau nak panggil tema apa... dulu hitam orange. sebelum tu dah lupa. saya biasa guna Blogger Template Designer je sebab malas nak pening kepala...
4. Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog.
sehari? :O seminggu boleh tak? :P saya nie tak rajin nak update setiap hari. bila rasa ada mood nak update, then saya update. kalo takde mood, memang takde la update apa pun kadang sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan... saya biasanya rajin update kalo tengah buat GT mission or join MH event kat Facebook. hantu game camnie la...
5. Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda.
isu? alamak, rasanya memang takde isu kot. lol! biasanya hanya berkisar dunia saya je. dunia saya biasanya berkisar kalo tak pasal game, pasal family and friends. kalo saya nak ingatkan apa yang terjadi, then baru saya tulis (taip, post, etc). kalo saya rasa nak share something, then saya share je. takde isu spesifik pun... saya nie bukannya blogger tegar. blog saya nie selalunya jadi tempat saya nak meluahkan rasa and menyimpan kenangan-kenangan yang bermakna dalam hidup saya... macam memori je; pengganti diari jenis tulis-tulis dalam buku tu. lebih kurang macam tu je.
6. Kenangan manis/pahit selama anda berblog.
kenangan manis; salah satunya terjumpa balik my long lost friend. dia memang tau saya giler IT. so dia carik saya di dunia IT and jumpa saya di sini. dah tak lost contact lagi dah walopun jarang sekali dapat bersua muka. kenangan pahit pulak, masa ada yang dok spam tah hape-hape kat ShoutMix saya, tak cukup dengan tu ada yang copy coding ke blog dia. saya tak tanya pun orang tu kenapa dia tak buat je id sendiri; so saya delete terus account saya sebab malas nak melayan dan menyakitkan hati sendiri... ada lagi kenangan pahit manis tapi kalo jenis yang rajin selongkar tu atau dah kawan lama dengan saya, for sure la dah tau apa dia...
7. Blogger Idola (kalau ada).
salah seorang idola saya ialah Ustaz Zaharuddin. idola lain kebanyakannya dah tak rajin nak update blog dah or MIA.
8. Target follower untuk blog anda.
takde target. tak kisah pun kalo takde sape nak follow. saya letak widget tu pun sebab kawan saya yang suruh. :P so saya biarkan aje sampai sekarang.
9. Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda.
apa ye? entah, saya pun tak tau. selain widget and template, apa je lagi yang blog saya ada? :P
10. Kata kata ucapan untuk Blog anda.
ada ucapan ye? hmm... nak ucap apa ye? kalo tukar jadi harapan boleh? tak reti pulak nak beri ucapan... :P saya harap Blogspot nie akan terus wujud and free sampai bila-bila sebab tanpa Blogspot, memang takdelah blog saya nie. hehe! boleh ke macam tu? :D
klah, harap Adza @ Mak Dara enjoy baca jawapan-jawapan saya. hehe!
Salam.
ReplyDeleteMak Dara antara follower blog saya yang sangat aktif memberikan komen di BANGKU KOSONG.
Anggaplah ini sebagai satu token penghargaan kerana menyertai segmen sebegini oleh blogger.
Token: Follow This Blog
salam Hasrul! :) terima kasih! :D
ReplyDelete