Saturday, January 19, 2013

Living Garden, Lost City, Sand Dunes, Twisted Garden, Cursed City & Sand Crypts Simple Guide


بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!

saya dah 2 kali run kat LG & baru buat 1 trap je tapi since ada MH member yang selalu pm & tanya benda yang sama, so saya rasa better saya postkan kat sini je. nie ringkasan je tau? kalau nak faham dengan lebih terperinci, korang still kena masuk sendiri kat LG tu & merayaulah dari 1 map ke 1 map selain dari baca guide² lain atau wiki. tapi kalau dah merayau & baca guide pun korang tak faham jugak, then boleh tanya kat sini je atau kat aka Malaysian MouseHunters group (mesti ada yang boleh tolong jawab). tak payah pm saya dah... nie tak termasuk 3 tikus baru tu; Shattered Carmine, Dark Magi & King Scarab sebab saya pun tak tangkap lagi. :P

Living Garden

guna OWNT/GTB/Gouda (Brie pun boleh je). kalau nak main mini games, then beli Blue Sponge charms tu. 20 biji dah cukup dah. bila dah max, pour je. lepas tu suka hati la nak pakai charm apa pun. tak nak pakai charm pun takpe. saya biasa kalau kat LG, LC & SD memang tak pakai charm. petals yang dapat tu guna untuk beli Dewthief cheese. Dewthief cheese guna kat Lost City & Sand Dunes.

Lost City

guna Acronym/GTB/Dewthief cheese. sama jugak macam LG. tak payah pakai apa² charm unless kalau  korang nak main mini games. mini games dia, just beli Searcher charm 1 je. tak payah beli banyak². bila kena cursed, time nak uncursed je, baru beli Searcher charm & arm. nie untuk main mini games. kalau tak nak main mini games, ignore je & hunt macam biasa.

Sand Dunes

guna Shadow trap (untuk yang takde RP, boleh pakai Spider je)/GTB/Dewthief cheese. sama macam LG & LC, kalau nak main mini games, bila Grubling mouse stampede, time tu baru beli Grubling Chow charms & arm. biasanya dia stampede dalam 15 hunts. so that's why kita beli ngam² je. tak nak bazir essence. so katalah stampede tu start masa kita offline, just kira dah berapa hunt berlalu lepas stampede tu tolak 15, then beli balance tu je & arm. kalau tak nak main mini games, ignore je stampede tu. tak payah buat apa².

Carmine the Apothecary

petals² & herbs yang dapat dari Lost City & Sand Dunes tu guna untuk beli Duskshade cheese. Duskshade cheese untuk guna pergi ke twisted world... cara nak activate twisted world, pergi Living Garden & arm Duskshade cheese. just guna OWNT/GTB macam biasa. charm suka hati. motifnya untuk tangkap Carmine the Apothecary. sebaik je dah dapat tangkap dia, automatik dah masuk ke Twisted Garden.

Twisted Garden

kekalkan setup; guna OWNT/GTB/Duskshade cheese. twisted world nie sama je dengan untwisted world. masih ada mini games kalau nak main. kalau tak nak, boleh ignore je macam biasa. anyway, kalau nak main mini games kat Twisted Garden, beli 10 Red Sponge charm & 10 Yellow Sponge charm. arm je dedua sampai penuh. bila dah max, boleh la pour (sama je macam LG). specialnya kat sini, ada bonus +5 luck & +5% power lepas pour. petals yang dapat tu guna untuk beli Graveblossom cheese. Graveblossom cheese guna kat Cursed City & Sand Crypts.

Cursed City

guna Acronym/GTB/Graveblossom cheese. Cursed City nie sama je macam Lost City. masih ada mini games yang kena buat kalau nak clearkan cursed & kalau nak main mini games. kalau tak nak, boleh ignore je & hunt macam biasa. kalau nak main mini games, beli 1 Bravery charm, 1 Shine charm & 1 Clarity charm & clearkanlah cursed tu. kalau Lost City kita clear sekali je tapi kat Cursed City nie kena clearkan 3 kali. 3 jenis curse la kiranya.

Sand Crypts

guna Shadow trap (untuk yang takde RP, boleh pakai Spider je)/GTB/Graveblossom cheese. Sand Crypts nie pun lebih kurang Sand Dunes jugak. bezanya kalau Sand Dunes kita arm Grubling Chow charm bila time stampede tapi kat Sand Crypts kena beli Grub Salt charm kalau nak main mini games. kalau tak nak, boleh ignore je la macam biasa... so kalau nak main mini games, terus beli 40 Grub Salt charms (saya biasa beli 40, tapi kalau korang nak beli 20 ke, 30 ke, 50 ke, tu korang punya suka) & arm untuk naikkan meter dari merah ke hijau. biasanya 40 Grub Salt charms tu memang dah confirm masuk meter hijau dah. kira macam lebih senang nak tangkap King Grub. sebaik je meter dah tukar hijau atau 40 Grub Salt charms tu dah habis diguna, time tu dah boleh la arm Grub Scent charm pulak untuk tangkap King Grub. nie pandai² la korang budget nak beli berapa sebab nak dapat dia memang ikut nasib. kali pertama saya hunt dia, saya beli 10 Grub Scent charms tapi hanya pakai 1 Grub Scent charm je. kali kedua & ketiga dah start tak dapat dia on the first hunt lagi dah. so kalau tak dapat tangkap King Grub, beli charm lagi & once dah dapat tangkap, bolehlah disarm untuk next King Grub hunt.

Twisted Carmine

petals² & herbs yang dapat dari Cursed City & Sand Crypts tu guna untuk beli Lunaria cheese. so pergi balik Twisted Garden, guna OWNT/GTB/Lunaria cheese (charm suka hati, saya biasa guna SPC atau Ancient charm) untuk tangkap Twisted Carmine. dia drop Living chest. dalam chest tu ada 1 Fresh Twisted Garden Soil, 1 Gur essence & random barang² lain. kadang dapat essence, cheese atau petals ikut nasib. so memang random. yang confirm dapat cuma 1 Fresh Twisted Garden Soil dengan 1 Gur essence tu je. lain tu random...

so kalau dah habis Lunaria cheese, arm Gouda/Brie & korang akan automatic masuk balik ke Living Garden on the next hunt. pastu repeat la balik semua² tu; kumpul petals untuk buat cheese, kumpul essence untuk buat charm & essence, etc...

Each To Their Own...

saya beli semua cheese guna ME. sebab apa? sebab saya nak cepatkan progress. bukan selamanya pun saya nak beli cheese kat situ guna ME. bab nak beli cheese guna ME ataupun tak, itu ikut suka korang... kalau rasa SB+ tak banyak, then tak payah guna ME. guna bila time nak beli Lunaria cheese je sebab Lunaria cheese punya barang giler sakit hati nak mengumpulnya.

saya main semua mini games di kedua² world. sebab apa? sebab masa first run, sebelum dev update & tukar itu ini, saya tak main mini games sangat pun tak menjejaskan langsung progress. tapi lepas diorang tukar tak tau apa, terasa sengal giler kalau tak main mini games. so saya main jugak la mini games sebab terpaksa & sekarang dah biasa. but still tak main mini games, tak salah pun. ikut suka hati korang la nak main mini games ke tak nak. tapi saya cadangkan kat twisted world tu better korang main mini games selagi korang tak complete lagi apa yang korang nak...

most of my friends have OWNT & Acronym but don't have RP. they have Spider. so i made this simple guide especially for them. you can skip RP & use Spider at both Sand Dunes & Sand Crypts. i've no idea about how other Shadow traps performed at Sand Dunes & Sand Crypts. so you need to test it out yourself... as soon as you have 1 Fel essence & 1 Icuri essence, you can craft the Clockwork Portal Trap which is far more powerful than RP. :)

kalau takde GTB, boleh guna SBB atau DJB. ikut suka hati. kalau takde SBB dengan DJB, then guna jelah apa² base yang paling power yang korang ada.

okaylah, tu jelah. nie dah sehabis simple dah nie. pretty straight forward. kalau still tak faham, then boleh tanya kat sini or kat group; aka Malaysian MouseHunters. till then, have a great weekend! ;)

---

acronyms, abbreviations & meanings

LG = Living Garden
LC = Lost City
SD = Sand Dunes
GTB = Golden Tournament Base
SBB = Spellbook Base
DJB = Dragon Jade Base
OWNT = Oasis Water Node Trap
Acronym = Arcane Capturing Rod Of Never Yielding Mystery
RP = Reaper's Perch
Spider = Terrifying Spider Trap
SPC = Super Power Charm
ME = Magic Essence

1 comment:

thank you! please come again! :)