Monday, July 9, 2012

Family Gath; 16 Cafe, Ipoh

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!

8 pagi Sabtu; 7 Julai, aku pulang ke kampung bersama adinda²ku. selamat sampai ke destinasi tepat 10.20 pagi. abah pergi memancing, Nana masih tidur & mama tengah siram pokok² kesayangannya. aku follow Ina & family bersarapan di Kg Ara Payung. balik dari sarapan, yang perempuan macam biasalah berkumpul di bilik mama, borak² sambil passing apa yang patut.

Man ada family day. so hanya dia & family tak join family gath malam tu. yang lain semua dah berkumpul sebelum 8 malam. then off beramai² ke destinasi pilihan Lihah; 16 Cafe di Pengkalan.

sampai² je (hampir 8.30 malam), memang ada ramai keluarga yang turut berkumpul di 16 Cafe. kebanyakan meja kosong tanpa apa² hidangan. kami sekeluarga memang rasa tak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak 16 Cafe. bukan kami je, mostly semua pelanggan tak puas hati... ada yang lauknya dah sejuk, disuruh panaskan entah berapa kali sementara menunggu nasi & hidangan lain yang tak kunjung tiba...

aku sekeluarga sampai² je terus order 2 set hidangan untuk 11 orang (5 + 6, aku tak tengok set mana yang diorang pilih coz aku hanya ikutkan je). cuma mama je order single set (aku tak pasti apa sebab tak tengok jugak). disebabkan bengang tunggu lama sangat, salah sorang adindaku pergi beli jajan sementara nak menunggu makanan sampai. dah selesai belasah jajan, baru diorang hantar air. ye, sejam lepas order baru diorang hantar air. punyalah lama... itu pun gelas tak cukup. set hidangan untuk 11 orang tapi gelas yang dihantar cuma untuk 9 orang. dalam pukul 10 malam, baru diorang hantar lauk tapi nasinya still tak dihantar jugak. ada yang tak makan dari tengah hari, ada yang cuma makan petang semata² nak makan beramai² malam tu. so kebanyakannya dah mula bengang... meja lain pun sama (bukan family kitorang).

dalam pukul 10.15 malam, abah pun bengang jugak, nasi tak sampai² lagi. then boleh pulak pelayan perempuan tu tanya, nak tambah nasi ke? kena bambu la dengan abah, "nasi pun takde dari tadi, nak tambah nasi apanya?" then barulah diorang hantar pinggan & nasi dalam 1 bekas. 1 bekas je untuk 11 orang? manalah cukup??? bila diagihkan nasi, cuma dapat 7 pinggan je. pinggan pun tak cukup. boleh pulak pelayan perempuan tu cakap, 1 bekas tu memang untuk 11 orang, dah campur semua sekali. macam la family kitorg nie takde yang pernah datang makan kat situ. biasanya memang dia bagi 2 bekas (2 set = 2 bekas nasi).

then pelayan lelaki pulak keluar tanya abah, "apa lagi yang tak cukup?" kena bambu lagi dengan abah, "banyak yang tak cukup. nasinya patut untuk 11 orang. pinggan pun tak cukup. lauk yang kami order lain tu mana?" then pelayan lelaki tu kata, "nasi habis, belum masak. lauk lain tengah nak masak."

masa adindaku pergi beli jajan kat kedai berdekatan, ada pekerja 16 Cafe yang tengah beli minyak masak. so korang faham² sendiri la... kalo dah tau pelanggan ramai, restock la barang dapur tu. takkan nak tunggu habis baru nak pergi beli? kalo nasi dah habis, baru nak masak lagi, jangan cakap 1 bekas tu memang cukup untuk 11 orang & buat² bodo je menegakkan benang yang basah. padahal memang tak cukup pun. kalo nasi dah habis, cakap je terus-terang nasi dah habis, tengah masak lagi. kita pun paham...

memang betul masakannya sedap (tak pasti la sedap sebab memang dah lapar yang amat ke apa) tapi kalo servis hampeh, orang takkan datang lagi dah. ada meja yang dah blah lepas minum sebab tunggu lama sangat. kalo pekerja tak cukup, carik lagi bagi cukup. kalo bahan² masakan hampir habis, restock cepat² bukan tunggu dah habis baru nak pergi beli. bancuh air bukannya susah pun. takkan la ambik masa sejam nak bancuh air? aku pernah makan kat tempat yang lagi besar dari 16 Cafe tu, lagi ramai customer tapi servis tip top. kalo makanan lambat sampai tu perkara biasa, yang penting air sampai dulu. boleh jugak hilangkan dahaga.

oklah, penat menaip. selagi tak luah, rasa terbuku sangat. so aku luahkan. maaf pada owner 16 Cafe kalo terbaca ngomelan aku. aku tak kata aku betul tapi pandai² la layan customer yang bertandang ke cafe anda. tingkatkan apa yang patut! kalo ada peti cadangan, dah lama kami tuliskan apa² yang perlu diberi perhatian tapi disebabkan takde, maka aku cadangkan di sini je. suka hati la nak take note ke tak nak. after all, bukan cafe aku pun!

p/s: 16 Cafe terletak di Jalan Perindustrian Pengkalan (Off Jalan Pasir Puteh), Ipoh, Perak. hari tu kali pertama aku makan di situ. adinda²ku yang lain mostly dah pernah makan di situ berkali² tapi menurut mereka layanan sebelum tu tak la hampeh sangat macam baru² nie...

2 comments:

thank you! please come again! :)