Saturday, February 4, 2012

Segmen Lia Lomi - Air

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
hello visitors; family, friends & strangers!
welcome to atnur's world!

sakit hati dengan GT sebab slow giler. baru ingat nak join mission setelah 2 minggu berturut² tak join. hari nie bila nak join mission, slow yang teramat² dah sampai tahap menyampah. nak assist pun slow jugak. so minggu nie skip lagi. 3 minggu straight dah skip GT mission. i just want that Crimson Mary from this week rewards & nothing else! -_-


anyway, untuk mengubat rasa kecewa (dek mission GT yang terpaksa diskip buat kali yang ketiga), saya nak join segmen Lia Lomi yg bertajuk Air. sila click header kat atas tu kalo korang pun nak join skali ye? :D tarikh tutup penyertaan pada 10 Februari 2012. syarat² dia mudah je!

1. letak header Lia.
dah letak dah seperti yang tertera kat dalam post nie.

2. Cerita pengalaman berkenaan AIR yang anda atau orang lain alami tak kira pengalaman itu manis, masin, masam, payau mahupun pahit.
saya nak ceritakan 1 pengalaman pahit yang berkait rapat dengan air; air hujan... peristiwa nie berlaku beberapa tahun yang lalu. ketika itu, saya masih lagi menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di sekitar Petaling Jaya bersama hubby & 3 orang penyewa lain. saya & hubby tidur di tingkat bawah & yang lain di tingkat atas. menjadi kebiasaan diorang untuk lepak² di beranda tingkat atas tu sambil makan makanan ringan. saya & hubby jarang lepak dengan diorang. so tak tau sangat la yang diorang nie suka buang bungkusan makanan ringan kat beranda tu...

pada suatu petang, ketika saya tinggal berseorangan di rumah (saya sorang je yang tak bekerja, hubby & 3 penyewa lain bekerja tak tentu masa), hujan turun dengan lebatnya berterusan sehingga berjam². saya masa tu tengah leka dengan aktiviti harian saya. pakaian yang dijemur, awal² dah saya angkat sebelum hujan turun. so takde apa yang saya perlu risaukan. tapi tengah sedap² melayan perasaan, tetiba terasa kepala saya basah macam ada air jatuh. pelik sangat masa tu sebab selama saya duduk menyewa di situ, tak pernah pulak ada mana² bahagian yang bocor. so saya pun pergi la ke depan. tau apa yang saya nampak? air dari tangga di tingkat atas membuak² turun dengan banyaknya. macam air sungai pun ada, keruh. so bergenang terus lantai rumah di tingkat bawah. cepat² saya alihkan barang² yang belum kena air, semuanya saya longgokkan je atas meja. nasib la tak banyak sangat barang kat bawah tu. saya naik ke tingkat atas, dah banjir. abis semua barang saya yang hubby simpan bawah katil... rasa macam nak menangis... semua dah basah! dah tak boleh buat apa dah.

saya call hubby. bagitau dia rumah dah banjir. dia terkejut & tanya, "macam mana rumah boleh banjir?" saya cakap yang saya memang tak tau. kat luar memang hujan masih lebat tapi tak sampai tahap banjir. dia kata tak payah buat apa, just tunggu dia balik...

so sementara tunggu dia, saya cuba jugak nak selamatkan apa yang patut tapi memang takde yang selamat sebab semuanya dah tenggelam. barang² saya & hubby kebanyakannya dalam kotak & plastik sebab takde tempat nak simpan (takde almari or storage). kami dah susun elok² kat bawah katil di ruang tengah. yelah, budget konon tingkat atas confirm tak banjir. so memang sesuai la nak simpan barang² kat situ. memang tak sangka langsung...

sebaik je hubbby sampai, jiran sebelah rumah mengadu kat hubby kata disebabkan air yang bertakung kat beranda depan tu melimpah kat rumah diorang, so rumah diorang pun banjir jugak. tapi diorang kata nasib baiklah tingkat atas tu diorang takde letak apa² barang lagi sebab masih dalam proses pengubahsuaian. cuma lantai dapur diorang rosak teruk. saya pun tak tanya la diorang ada mintak ganti rugi ke tak tapi jiran tu ada cakap penyewa bertiga yang suka melepak tu suka sangat buang bungkusan makanan ringan merata². makcik tu suami isteri dah pernah sound dah penyewa bertiga tu cakap nanti lubang saluran air tersumbat, boleh banjir 1 rumah. tapi diorang degil. dok buang sampah sesuka hati.

time tu memang saya sakit hati sangat². disebabkan sikap pemalas dioranglah (pemalas la tu kan dok suka buang sampah merata²) punca banjir masa tu. sape je yang suka makan makanan ringan kat beranda tu kalo bukan diorang bertiga? yang rajin membeli pun diorang bertiga jugak. geram giler...

bila diorang balik je dari kerja, terkejut diorang tengok kitorang laki bini tengah mengemop rumah.

diorang : nak pindah ke? (diorang masih lagi tak perasan apa yang berlaku)

saya : tak! tadi banjir. abis rumah sebelah pun banjir jugak. makcik tu kata korang dok suka buang plastik Twisties kat atas walopun dia dah tegur. tu sebab jadi macam nie.

diorang : eh, mana ada kitorang buang plastik Twisties kat atas? (muka macam terkejut. buat aku lagi bertambah bengang.)

saya : abis tu sape? hantu? korang je yang suka makan Twisties kat rumah nie, kan? tu yang kat tangan tu apa? bukan Twisties? (tunjuk kat tangan diorang yang ada beberapa bungkusan Twisties pelbagai perisa yang baru dibeli) nie ha plastik Twisties korang yang menyumbatkan lubang kat atas tu! (saya tunjukkan apa yang kitorang jumpa masa tengah bersihkan beranda) kalo bukan korang, sape lagi?

diorang : (terdiam)

dipendekkan cerita, diorang bertiga pindah ke rumah lain beberapa bulan lepas tu dengan alasan dapat rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja. saya & hubby berpindah beberapa bulan/tahun selepas diorang pindah. masa tu rumah kami dimasuki air lagi. kali nie memang bukan dari tingkat atas tapi dari luar. memang banjir kilat berlaku kat kawasan tu. air naik sampai paras lutut. esoknya saya & hubby terus pindah ke rumah lain yang tak perlu nak risau pasal banjir lagi... (my real life friends tau la rumah mana yang saya ceritakan nie. :P)

3. siap, letak link di dalam komen senang untuk Lia buat bloglist.
kejap lagi saya letak ye, Lia? as usual la nak preview dulu.

klah, selamat berhujung minggu! :) see ya! ;)

p/s :- saya memang suka taip panjang². nak baca, baca. tak nak baca, sudah. :P sekian, harap maklum!

6 comments:

  1. air oh air..kat kampung atie dah dekat seminggu bekalan air terputus. uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kan bila takde air? tahun lepas kat sini pun takde air jugak sebab tangki besar bocor. so pihak pengurusan terpaksa tutup punca air utama selagi tangki tu tak dibaiki. dekat seminggu jugak la takde air, harapkan air dari pili bomba je. nasib baik la boleh guna pili bomba tu. :)

      Delete
  2. agak sakit hati jugalah kalau macam tu kan..ishh, kerana twisties rumah banjir, sabor jelah...

    terima kasih join. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakit hati sangat masa tu. tapi tak mampu nak marah lebih² sebab benda dah jadi. tapi lepas dari peristiwa tu, memang serik le nak sewakan bilik kat orang. baik duduk berdua je. tak pening kepala. :D

      Delete
  3. wah first time dgr cite org tak bertanggungjawab buang smph merata sampai banjir tu.owh PJ pun banjir eh,tapi skrg mcm dh kurang dgr pj banjir kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, dah lama PJ tak banjir walopun hujan lebat hampir setiap hari. Alhamdulillah! :)

      Delete

thank you! please come again! :)