Friday, December 16, 2011

Super Excited!

aku super excited walopun hubby belum lagi beli tiket. semalam sangkut dalam hujan, so tak dapat beli pun. katanya hari nie dia akan cuba dapatkan jugak dalam tengah hari. kenapa aku super excited? sebab aku nak tengok anak sedara yang baru lahir hari tu. tengok gambar dalam FB buat aku geram. adik aku dah nak habis pantang dah, esok baru aku dapat jumpa dia and her baby girl.

baru tadi Diqi call suruh bawak anime. aku ingatkan kot dia ada esok. rupanya dia on the way balik Johor. Isnin baru balik Perak. dia pesan suruh tumpang kat laptop Lihah. tengok la macam mana. external hardisk aku dah penuh. kena tengok hubby punya pulak kot² masih ada kosong.

patutnya esok balik berempat tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan, kitorang balik bertiga je; aku, hubby & our beloved friend (super excited jugak sebab dah lama tak jumpa our dearest friend nie). malam tadi lepas checking all of the options, better balik tengah hari. boleh rehat lama sket & sempat la merepair apa yang patut kat sana. lusa dah nak berjalan lagi & lepas tu nak balik KL balik. kesian kat hubby & our friend sebab diorang kerja hari Isnin tu. bab balik pulak, dalam ETS nanti la baru citer.

lagi super excited sebab nak jumpa mama abah la of course & adinda² lain & anak² sedara lain kat sana. yelah aku nie jarang dapat balik kampung. kenapa & mengapa, biarlah aku sorang je yang tau. so bila dah ada peluang, mestilah aku tak nak sia²kan walopun sekejap.

mission GT esok terpaksalah dilupakan je. kalo sempat, aku sambung Isnin. kalo tak sempat, lantaklah situ. harap barangnya tak best or aku dah ada. hahahaha!

malam tadi mimpi sesuatu yang pelik. member kata maybe sebab aku rapat dengan orang yang rapat dengan dia, so aku termimpikan dia. but still aku tak rasa ada kaitan apa² pun sebab aku dengan dia pun bukannya rapat sangat. dulu maybe tapi lepas tu memang takde apa² dah. kenapa dia muncul dalam tidurku? tak mungkin aku rindu maybe cuma terkenang je kot. lagi pun mimpi hanya mainan tidur. tak membawa sebarang makna... lantaklah!

rasa macam lambat giler masa berlalu. cepat la Sabtu! aku nak balik kampung!

2 comments:

thank you! please come again! :)