Wednesday, September 29, 2010

Wahai Hati, Tabahlah...

kawanku kata kecil hati biasanya makan dalam... entahlah! aku tak tau la sama ada rasa kecil hatiku ini makan dalam atau pun tak. yang nyatanya sejak dari hari itu, hati aku sakit sesakit²nya... degilkah aku? mungkin...

dia menyalahkan aku di atas segala yang berlaku. katanya aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. maka datanglah segala mcm dugaan untuk menguji tahap kesyukuranku pd yang Esa. benarkah telahannya? mungkin...

dia langsung tidak memandang ke mataku malah tak menunjukkan sebarang rasa. aku bukanlah nak mengharapkan simpati darinya. aku sekadar mahu berkongsi cerita kerana jarang skali dapat berjumpa tapi entahlah... aku yakin benar dengan apa yang aku lihat & aku rasa. lebih² lagi setelah mendengar kata² yang keluar dari mulutnya, sungguh tak aku duga... kalo dulu dia juga yang beria² tapi kenapa bila aku sudah bersedia, lain pula tindak balasnya? langsung tiada sebarang riaksi. benarlah apa yang aku jangka selama ini. jika hati sudah berubah, memang begitulah keadaannya...

wahai hati, tabahlah... sesungguhnya tiada apa pun yang kekal & pasti di dunia ini. semuanya hanyalah sementara belaka...

2 comments:

  1. what??apa yang dah berlaku? mungkin penat kot dia masa tu? ish ish ish

    ReplyDelete

thank you! please come again! :)